in

Wad HSA Terbakar: Sultan Johor Perkenan Tanggung Kos Baik Pulih Sepenuhnya

Wad Terbakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui akaun rasmi di Facebook, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar memaklumkan baginda berkenan untuk membiayai kos baik pulih Wad Perubatan Perempuan 1 Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang dilaporkan terbakar petang semalam.


Sultan1

Baginda akan melantik kontraktor bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan itu dapat dimulakan dengan kadar segera. Kos pembaikan tersebut sepenuhnya akan ditanggung oleh Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ). Titah baginda,

Saya mahukan Pengarah Jabatan Kerja Raya, Pengarah Kesihatan Johor serta Pengarah Bomba Johor bersama membincangkan segera pelan pembaikan yang akan dilakukan oleh kontraktor.”

Selalunya kos pembaikan jika dilakukan kerajaan akan mengambil sedikit masa kerana terdapat sistem yang perlu dilalui dan saya tidak salahkan kerajaan, oleh demikian saya mahukan kerja-kerja pembaikan dilakukan segera.”

Wad1

Wad2

Wad3

Baginda juga bertitah akan sentiasa mengutamakan rakyat dan peranan YSIJ juga amat besar kerana sentiasa terlibat dalam membantu orang ramai dalam pelbagai perkata.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor Datuk Yahaya Madis berkata unit forensik kini sedang melakukan kerja-kerja penyiasatan.

Laporan siasatan itu adalah untuk mengenal pasti punca kebakaran tersebut berlaku akan diketahui dalam masa satu atau dua hari lagi. Tiada sebarang kecederaan dan kematian dilaporkan dalam kebakaran itu.

Baca: Dibuang Kerja Sebab COVID-19? 1,000 Lot Niaga Bakal Diberi Kepada Golongan Muda

Cats 12

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.