Nama pelakon muda Amir Ahnaf makin menjadi siulan ramai kerana dia dilihat antara bakat baru yang mempunyai potensi besar dalam industri perfileman negara.
Namun, baru-baru ini pelakon yang terkenal dengan watak Kahar dalam drama siri Project High Council itu dikatakan sudah mula menunjukkan sisi sombongnya walaupun masih baru dalam industri.
Sebuah perkongsian di TikTok mendakwa Amir Ahnaf tidak menghiraukan peminat malah memalingkan muka ketika dipanggil kerana tidak mahu bergambar sejurus tamat konsert kelima Big Stage di mana dia memegang tugas sebagai Presiden Netizen.
Dalam video TikTok yang dimuat naik oleh @nezuko.himari itu, difahamkan kedua-dua peminat ini cuba untuk bergambar dengan pelakon tersebut namun dihalang, lebih mengeruhkan keadaan Amir dikatakan membuat riak wajah jengkel ketika disapa.
“Pertama sekali saya panggil nama dia, tapi Amir buat tak tahu. Saya masih berfikir positif kerana mungkin dia tak dengar walaupun tiada siapa di situ. Dan saya tanya dua bodyguards di situ dengan baik untuk tangkap gambar dengan Amir tapi mereka tidak menghiraukan saya.
Datang seorang lagi bodyguard dan saya masih bertanya dengan nada yang baik. Namun, bodyguard tersebut tidak mengizinkan dan memaklumkan bahawa Amir penat.
Kawan saya panggil Amir sendiri, dan Amir hanya tengok dia dengan muka yang kurang menyenangkan (annnoyed) dan palingkan muka,” tulisnya.
Peminat itu turut meluahkan rasa kecewanya dan membandingkan pelakon itu dengan artis-artis lain yang walaupun terlalu penat untuk bergambar tetapi masih meminta maaf serta memberikan layanan yang baik.
Hmm, mungkin betul-betul penat kot…
Baca: “Ingatkan artis Korea tadi” – Pelakon Projek High Council Diserbu, Peminat Sampai Menjerit-jerit