in

“Weh ni abang aku ni!” – Adik Kongsi Detik Cemas Abang M*ut Dit*kam Depan Mata

ft adik kongsi kejadian abang ditikam senawang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki maut akibat tikaman di dada dalam satu kejadian yang berlaku di hadapan rumahnya yang terletak di Taman Seri Pagi, Senawang semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, siasatan awal mendapati bahawa kejadian yang berlaku pada 6.50 petang itu berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek.


Artikel berkaitan : Serangan Tikaman Rawak Di Kaunter Pembayaran, 11 Orang Cedera

Artikel berkaitan : Che Nom Luah Rasa Terkilan, Dedah Tindakan Anak Saudara Yang Diambil Bekerja Seakan ‘Tikam Dari Belakang’

 

Baru 2 minggu tunang, bakal kahwin tahun ini

Jenazah arwah Muhammad Amirul dikebumikan di Tanah Perkuburan Forest Heights

Memetik laporan Kosmo!, mangsa yang merupakan seorang duda anak satu berusia 28 tahun itu baru sahaja bertunang kira-kira 2 minggu lalu. Adik mangsa, Muhammad Amirul Hakim Mohd. Niza, 27, menyatakan bahawa dia sepatutnya menemani abang sulungnya, Muhammad Amirul Rasyid, 28, itu untuk memberi barang hantaran namun hajat itu tidak kesampaian.

“Abang menduda sejak tiga ke empat tahun lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun. Sepatutnya abang akan berkahwin dengan tunangnya yang berasal dari Sendayan tahun ini.” 

Bercerita mengenai kejadian itu, Amirul Hakim menyaksikan sendiri bagaimana abangnya telah ditikam oleh suspek.

Ingatkan suspek kawan abang, tiba-tiba datang terus tikam

Jelas Amirul Hakim, kira-kira jam 6.40 petang itu, dia dan abangnya sedang melepak bersama di luar rumah dan ternampak kereta suspek di parkir bersebelahan.

“Saya sangka itu (suspek) kawan abang. Tiba-tiba suspek datang ke arah abang dengan sebelah tangan di belakang lalu menikam dada. Saya macam, eh ni abang aku ni!”

“Saya segera pegang suspek untuk selamatkan abang kerana dia masih memegang pisau sebelum menjerit memanggil abah. Lelaki itu cuba melarikan diri, tetapi berjaya ditangkap jiran yang mengikatnya dengan tali.”

bunuh senawang

Kata Amirul Hakim, arwah abangnya itu meninggal dunia di pangkuannya dan sempat menyebut perkataan ‘Allah’ sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Masa kejadian, kami semua 12 beradik, emak dan ayah berada di rumah. Emak hampir pengsan kerana dia baru sahaja menjalani pembedahan ketumbuhan di otak.”

Sebagai seorang adik, Amirul Hakim menyatakan bahawa dia begitu terkesan dengan pemergian arwah abangnya memandangkan mereka sangat rapat dan sentiasa berdua walau ke mana sahaja.

“Kira-kira 10 minit sebelum kejadian, saya dan arwah abang baru pulang berjalan bersama anaknya.”

Sementara tu, Muhammad Hatta berkata, suspek yang berusia 31 tahun itu telah ditahan di lokasi kejadian dengan bantuan penduduk taman perumahan tersebut serta sebilah pisau telah dirampas.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan, suspek telah direman bermula hari ini hingga 18 Ogos.

Sumber : Kosmo!, Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.