in

“We love your outfits Malaysia” – Busana Kontinjen Negara Di Acara Pembukaan Paralimpik Tokyo 2020 Jadi Tumpuan

Fi Atlet Paralimpik Negara 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lebih kurang beberapa minggu lalu, Sukan Olimpik Tokyo 2020 telah melabuhkan tirainya. Hasil daripada itu, kontinjen Malaysia telah berjaya membawa pulang satu pingat perak dan satu pingat gangsa menerusi acara basikal trek dan badminton.


Kejayaan oleh Dato Azizulhasni Awang dan pemain beregu badminton negara Aaron Chia & Soh Woi Yik mendapatkan pingat, nyata dapat pujian banyak pihak sebab menampilkan aksi menakjubkan sepanjang kejohanan berlangsung.

 

Busana kontinjen Paralimpik dapat pujian

Setelah kontinjen Olimpik negara menamatkan perjuangan, kini kontinjen Paralimpik negara kita pula memulakan perjuangan mereka dalam edisi Sukan Paralimpik 2020 yang membuka tirai semalam.

Paling mencuri perhatian, apabila busana yang dikenakan oleh kontinjen negara di acara pembukaan itu menjadi perhatian di mata dunia.

Perkara ini dibuktikan, apabila akaun Twitter @Tokyo 2020 yang juga merupakan akaun rasmi sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 memuji busana yang dikenakan oleh atlet-atlet paralimpik negara pada upacara pembukaan tersebut.

“We love your outfits Malaysia” tulis pada akaun tersebut

Menurut AWANI, seramai 22 atlet menggalas cabaran negara dalam edisi kali ini. Sembilan jenis sukan disertai oleh atlet negara pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo yang bermula dari 24 Ogos hingga 5 September ini.

 

“The songket and pattern are so simple and nice”

Hasil tinjauan di ruangan komen, ternyata busana dikenakan itu mendapat pujian oleh warganet. Selain itu juga, ramai rakyat Malaysia yang turut menumpang bangga dengan pujian itu serta diselitkan juga ucapan dan kata semangat untuk atlet kita yang akan berjuang nanti.

Reak Atlet Paralimpik Negara 1 Edit Reak Atlet Paralimpik Negara 2 Edit Reak Atlet Paralimpik Negara 4 Edit Reak Atlet Paralimpik Negara 5 Edit

Bangga betullah rasa bila negara kita dipuji macam tu. SEMOGA BERJAYA MALAYSIA!

 

Baca : Berangkat Untuk Bersaing Di Tokyo, Ini Senarai Acara Melibatkan Atlet Paralimpik Malaysia

Foot Atlet Paralimpik Negara

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.