in

Wartawan Menyamar Jadi ‘Pembeli’ & Rakam Video, Rakyat Malaysia Kantoi Jadi ‘Broker’ Jual Organ Dekat UK

Broker

Seorang lelaki berusia 48 tahun dari Kuching ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan organ manusia di United Kingdom (UK). Menurut Berita Harian, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kuching, Mosidi Husseini telah mengeluarkan perintah tahanan remam selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 20 Ogos bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Organ1

Sebelum ini, seorang wartawan akhbar The Sun yang berpangkalan di UK telah mendedahkan aktiviti suspek bernama Shaifullizan Abdul Mutalib itu pada 8 Ogos lepas. Wartawan itu yang menyamar sebagai pembeli telah berjumpa dengannya dan perbualan mereka turut dirakam menerusi satu kamera yang disembunyikan dalam bilik sebuah hotel di Kuching, Sarawak.

Menurut Harian Metro, Shaifullizan dikatakan bercakap besar kepadanya dengan mengatakan dia mampu mengatur urusan transplan organ secara haram kepada warga Britain dengan kos 85,000 Pound Sterling (RM465,000).

Dia juga mengaku telah mendalangi 45 penjualan buah pinggang dan menggunakan Facebook bagi menarik perhatian mana-mana individu miskin di seluruh dunia untuk menjual organ mereka kepada pesakit terdesak.

Organ7

Organ5

Organ3

Organ6

Difahamkan, Shaifullizan telah berkecimpung dalam aktiviti jual beli organ manusia serta turut berperanan sebagai orang tengah yang mengatur jual beli bahagian tubuh manusia sejak tahun 2010.

Malah menurut laporan Harian Metro,  bayaran tersebut termasuk rasuah secara ‘bawah meja’ supaya pembedahan transplan boleh dilakukan di sebuah klinik di Manila, Filipina. Melalui rakaman video itu juga, Shaifullizan didengari berkata, “Di Manila, wang tunai adalah raja”.

Bapa kepada empat anak tersebut turut mengesahkan hubungan antara perdagangan organ antarabangsa dengan mengambil organ dari minoriti Muslim Uighur yang tertindas di China.

Organ2

Organ4

Pada 12 Ogos, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata pihaknya meragui pendedahan dibuat akhbar itu dan akan melakukan siasatan bagi memastikan kebenarannya.

“Siasatan berhubung perkara itu mula dijalankan Polis Sarawak. Kita amat ragu dengan pendedahan itu, oleh itu kita akan memastikan berita sensasi sedemikian disiasat sedalam-dalamnya.”

Suspek dilaporkan menyerah diri dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching tengah hari semalam setelah menyedari dirinya menjadi buruan poilis sejak beberapa hari lepas.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 15 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran.

Baca: “Goodjob SPRM”- Jumpa RM6,000 Dalam Ofis, Ketua Balai & Pegawai Polis Ditahan SPRM

Feat

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook