Siapa sahaja tak kenal dengan penyanyi lagu hit berjudul ‘Gatal’, yang mempunyai sekitar 9.2 juta tontonan di Youtube. Nama Janna Nick bukan lagi asing kepada peminat bidang seni tanah air.
Minggu lepas, kita digemparkan dengan berita apabila Janna Nick memuatnaik sebuah posting mengatakan yang dia telah memutuskan hubungannya bersama pelakon, Dini Schatzmann.
Semalam (21 November), Nurul Janna Muner, 27 yang lebih dikenali sebagai Janna Nick telah berkongsi foto di Instagramnya yang menunjukkan dirinya sedang berehat di bilik hotel yang dipercayai di Rome, Italy.
https://www.instagram.com/p/ClNkEHJs01s/?hl=en
Menerusi kapsyen gambar yang dimuatnaik itu, Janna memberitahu jika sesuatu perkara itu memusnahkan diri maka ia bukan cinta.
“Jika ia memusnahkan kamu, maka itu bukan cinta,” tulisnya.
Bagaimanapun, dia telah memilih untuk menutup ruangan komen pada posting di Instagram tersebut.
Healing dekat Italy..
Dalam pada itu, Janna turut berkongsi video dia sedang ‘healing’ sambil menikmati suasana di sekitar tempat penginapannya.
Janna dilihat bersendirian di dalam bilik hotel tersebut sambil termenung ke luar jendela sebelum dia merebahkan dirinya ke atas katil.
Dia juga turut menggunakan lagu nyanyian Bebe Rexha berjudul ‘Me, Myself & I’ untuk menggambarkan keadaannya semasa itu.
Terserempak Puteri Sarah dekat airport?
Sebelum ini, dikatakan Janna telah terserempak dengan rakan artis, Puteri Sarah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semasa mahu ke Eropah untuk mencari ketenangan, lapor mStar.
Namun, sehingga kini kedua-dua pasangan itu masih berdiam diri dan tidak dapat dihubungi untuk mengesahkan berita berkenaan.
Malah, percintaan mereka juga tampak utuh apabila aktor berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu sering menyatakan mahu kukuh dari segi ekonomi terlebih dahulu sebelum menyunting Janna menjadi suri hatinya, menurut Gempak.
Terdahulu, Janna dan Dini memulakan perhubungan mereka pada Julai 2018 semasa sama-sama menjalani penggambaran drama Bukan Cinta Aku.
Healing sampai ke Italy tuuuu, apapun semoga Janna Nick dapat merawat luka di hati…
Baca : “Kepada kamu, mogakan berbahagia…” – Muat Naik ‘Posting’ Sendu, Janna Nick Kini Solo?