in

“Waris betul-betul susah” – Bawa Jenazah Covid-19 Mahal Dari Jenazah Biasa, Caj Hingga RM4,000

Feat2 11

Jenazah seorang pesakit Covid-19 bukan Islam dilaporkan masih disimpan di rumah mayat Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu. Semalam, pihak Persatuan Amal Sabah tampil membantu mengurus jenazah itu selepas dihubungi unit forensik HQE.

Persatuan itu yang ditubuhkan pada September lepas menyediakan perkhidmatan Van Jenazah Percuma Kota Kinabalu dan turut mengendalikan jenazah Covid-19. Menurut pengasasnya Masrul Guding, mereka dihubungi dan dimohon untuk bantu menghantar jenazah tersimpan itu ke Kudat. Jenazah wanita itu merupakan jenazah bukan Islam positif Covid-19 yang pertama mereka kendalikan sejak bermula awal bulan ini.

Diantara pengalaman menghantar jenazah. Alhamdulillah, misi menghantar jenazah Covid-19 non muslim ke daerah Kudat telah…

Posted by Van Jenazah Percuma – Persatuan Amal Sabah. on Wednesday, November 25, 2020

 

Kos terlalu tinggi, waris tak mampu

Menurut Harian Metro, waris mendiang berusia 56 tahun itu benar-benar susah dan tidak mampu untuk menyewa van jenazah berbayar bagi menguruskan jenazah Covid-19 disebabkan kos pengangkutan yang tinggi.

Kami difahamkan jenazah terbabit sepatutnya dibawa untuk dikebumikan dua hari lalu tetapi warisnya tidak mampu membayar sewa van jenazah yang mencecah antara RM3,000 hingga RM4,000 kerana bayaran membawa jenazah Covid-19 lebih tinggi berbanding jenazah biasa.”

Malah, difahamkan keranda untuk jenazah juga diuruskan oleh pihak forensik kerana warisnya memang betul-betul susah.”

Alhamdulillah, kami tiada halangan untuk membantu siapa saja tanpa mengira bangsa dan agama. Jika diperlukan, kami pasti membantu sehingga selesai proses pengebumian, lebih-lebih lagi bagi kes Covid-19 hanya pihak yang dibenarkan KKM boleh mengendalikan jenazah.”

Misi menghantar jenazah Covid-19 ke Daerah Kudat dari HQE1. Jenazah wanita, umur lingkungan 56 tahun, non muslim….

Posted by Van Jenazah Percuma – Persatuan Amal Sabah. on Tuesday, November 24, 2020

 

Pihak hospital tidak kenakan bayaran tapi…

Katanya lagi, pihak hospital tidak mengenakan sebarang bayaran untuk melepaskan jenazah kepada waris tapi sebaliknya kesukaran untuk dapatkan van jenazah kes Covid-19 antara sebab jenazah lambat dikebumikan.

Baru-baru ini ada pihak menyebarkan tuduhan kononnya pihak hospital tidak membenarkan jenazah Covid-19 dibawa keluar selagi waris tidak membuat bayaran.”

Apa yang betul ialah pihak hospital tidak meminta apa-apa bayaran daripada waris, sebaliknya kelewatan kadang-kadang berlaku kerana isu bayaran dikenakan pengendali van jenazah berbayar.”

Walaupun ada kebimbangan mengenai jangkitan Covid-19 tetapi kami tetap melaksanakan tugas membantu mengurus fardu kifayah ini, bukan setakat menghantar jenazah ke tanah perkuburan, malah membantu proses pengebumian juga.”

Dia turut menambah, van jenazah mereka akan disanitasi pihak hospital setiap kali selesai menghantar jenazah positif Covid-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Baca: “Nak kebumi tanpa mandi & kafan” – [VIDEO] Viral Rakaman Lelaki Bonceng Jenazah Ibu, Rupa-Rupanya Sebab…

Feat3 6