in

Warganegara China Bongkar Bayar Hampir Setengah Juta Untuk Dapat MyKad, Tapi Terkantoi Sebab Nama Tak Serupa Dalam Kad

Kad Bayar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam tak percaya! Seorang warganegara China di Mahkamah Tinggi hari ini mengaku yang dia diminta bayar RM600,000 demi mendapatkan sekeping Mykad. 


Menurut New Straits Times, Wang De Qun, 58, berkata, dia pada awalnya ingin memiliki passport Malaysia untuk pelaburan imigresen sama seperti yang ditawarkan oleh beberapa negara lain.

 

Tawar harga RM600,000 tapi dapat ‘diskaun’ RM400,000

Tambah Wang lagi, seorang warganegara Thai yang dikenali sebagai Liu Ge yang dia kenali dari seorang kawan pada Jun tahun lalu beritahu konon dia ada ‘contact’ yang boleh membantunya untuk dapatkan passport.

“Liu Ge yakinkan saya yang dia boleh dapatkan saya passport yang tulen dan sah. 

“Pada awalnya Liu Ge tawarkan harga yang mahal iaitu sebanyak RM600,000 tapi lepas pengurus kewangan saya nego dengan dia, harga diturunkan ke RM400,000,” kata ahli perniagaan tersebut dalam testimoninya berkaitan kes MyKad tersebut.

457485
sumber: ismaweb

Sebagai payment pertama, Wang bayar RM200,000 dulu kepada Liu Ge. Tapi menurut Wang, mereka membayarnya dengan duit Hong Kong dan mata wang China Renminbi yang bersamaan dengan nilai di atas.

 

Datang pejabat ‘pegawai’ untuk sign dokumen 

Wang kemudian memberitahu yang Liu Ge kembali menghubunginya pada Ogos atau September 2018 untuk maklumkan yang dia telah berhubung dengan seseorang bernama Lai Chin Wah di Malaysia.

Demi untuk mendapatkan passport, Wang diminta datang ke Malaysia lagi pada Disember lalu dan dibawa ke pejabat kerajaan untuk berjumpa dengan seorang ‘pegawai’. Pegawai tersebut kemudian suruh Wang tandatangan dokumen.

“Saya tak tahu dokumen apa yang saya tandatangan sebab saya tak faham Bahasa Malaysia atau Inggeris, tapi saya percaya ia dokumen yang sah untuk permohonan passport,” jelasnya lagi.

Polis
sumber: nst

Wang kemudian menerima MyKad dan passport yang dimohonnya pada Mac lepas tapi dalam pada masa yang sama memberitahu yang dia tak faham satu apa pun yang tertulis atas kad tersebut kecuali kad itu memaparkan gambarnya. Erk!

Namun semuanya kantoi apabila dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Ogos lepas. Masa tulah baru Wang tahu yang nama tertera di MyKad itu nama lain dan bukan namanya.

Kes ini kini sedang disiasat di bawah Seksyen 26E Anti Pemerdagangan Orang dan Akta Anti Penyeludupan Migran 2007. 

Baca: Pegawai Kerajaan Berpangkat Tinggi Dalang Penjualan MyKad Kepada Warga Asing, Babit Nilai Hampir Setengah Juta?

Mykad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.