in

Warga Emas Pikul Tong Aiskrim Sekitar Kampung Demi Sesuap Nasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesetengah individu lebih gemar untuk memerah kudrat demi mencari sesuap nasi daripada meminta-minta bantuan daripada orang lain.


Itulah yang dilakukan oleh seorang warga emas di Tawau, Sabah apabila dia berusaha mencari rezeki dengan memikul tong sekitar kawasan kampung untuk menjual aiskrim dengan harga RM1.

Kisah ini dikongsikan oleh Atma Febrianti di laman Facebook, dia meluahkan perasaan sedih dan kagumnya terhadap warga emas ini yang gigih mencari rezeki meskipun terpaksa pusing keliling kampung untuk menjual aiskrim.

Anda boleh baca perkongsian beliau di sini:

“Pakcik tu mau balik mana ? Kita tumpangkan sekali”

Terkesan dengan kisah pakcik ini, Atma cuba untuk muhasabah diri dengan segala nikmat yang diberikan oleh Ilahi.

Kisah warga emas dari Tawau ini wajar dijadikan inspirasi buat kita semua agar tidak merungut dan sentiasa berusaha untuk mencapai sesuatu.

Kredit: Atma Febrianti

 

BACA: Vlogger Canada Teruja Makan Nasi Goreng Musang King Berserta Sambal

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.