in

Vlogger Canada Teruja Makan Nasi Goreng Musang King Berserta Sambal

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang tahu nasi goreng itu sedap, semua orang tahu durian Musang King itu sedap dan semua orang tahu sambal juga sedap. Tapi sedap ke jika ketiga-tiga makanan tersebut disatukan dalam satu pinggan?

Pada 30 Jun yang lepas, seorang vlogger dari Canada, Trevor James atau lebih dikenali sebagai The Food Ranger ada berkongsikan sebuah menu istimewa yang beliau dapati di Pulau Pinang.


1 7

Nasi goreng Musang King berserta sambal?!

Bunyi sedikit pelik, namun inilah menu yang disediakan oleh Ah Chong Fried Rice, sebuah restoran di Pulau Pinang. Gabungan nasi goreng, sambal dan durian Musang King dalam satu pinggan menjadi taruhan untuk video The Food Ranger pada kali ini. 

2 3

Video yang dikongsikan tersebut dimulakan dengan seorang tukang masak menjelaskan tentang menu istimewa tersebut, yang akan menggunakan durian Musang King sebagai menu sampingan istimewa.

https://www.facebook.com/thefoodranger/videos/318542502876856

Selepas mencuba menu tersebut, James memberikan reaksi positif dan wajah yang teruja dengan rasa unik menu istimewa itu.

“Anda boleh nampak isi durian ini sangat sesuai dimakan dengan nasi, dan kombinasi bersama sambal juga agak menarik”

Ada sesiapa yang pernah cuba makan durian dengan nasi dan sambal?

Kredit: The Food Ranger

 

BACA: “Melampau betul omputeh ni” – 12 Pekerja Pejabat Pos Jerman Cedera Sebab Ingat Bungkusan Isi Durian Tu Gas Bocor

Capture 5

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.