in

Warga Emas Dikurung di Kandang Babi oleh Anak Lelaki dan Menantu

Page 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malangnya, di negara China kandang babi bukan hanya digunakan untuk membela haiwan berkenaan tetapi juga digunakan untuk mengurung ahli keluarga yang mereka tidak suka.


Mereka akan mengurung sesiapa sahaja, tidak kira ibu bapa atau adik beradik, kerana ianya sesuatu perkara yang dikatakan biasa berlaku di negara itu.

Baru-baru ini, seorang warga emas berusia 92 tahun diselamatkan selepas dikurung oleh anak lelaki dan menantunya di dalam sebuah kandang babi. Lebih teruk lagi, lelaki itu telah mengurung ibu kandungnya itu selama beberapa tahun!

Ibu

Sebuah video menunjukkan seorang wanita warga emas dikurung menjadi viral di internet. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Guangxi di mana beliau dirakam terkurung dengan keadaannya yang tidak terurus dan sangat lemah. Di setiap pelusuk kandang itu boleh dilihat sangat kotor termasuklah dinding dan lantai.

Ibu1

Di dalam video itu, boleh didengari orang ramai seperti sedang bercakap tentang keadaan tempat tersebut dan beliau turut berkomunikasi dengan mereka dengan suara yang sangat lemah sambil duduk di atas lantai yang kotor itu.

Tempat warga emas itu dikurung dikatakan mempunyai sebuah meja atau kabinet kecil selain katil dan tilam untuknya tidur. Bayangkan pada waktu malam, dalam kegelapan dan kesejukan memandangkan kandang itu tiada pintu dan terbuka, beliau pasti mempunyai risiko diserang binatang berbisa.

Ibu2

Warga emas itu kemudian dilaporkan telah diselamatkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut. Polis kini sedang menyiasat kes itu dan mengesyaki pasangan berkenaan telah menganiayai mangsa.

Bagaimana seseorang anak boleh menjadi kejam dan tidak berhati perut memperlakukan ibu yang melahirkan mereka sebegini? Mereka seharusnya dijaga bagai menatang minyak yang penuh seperti mana mereka menjaga kita sejak kecil.

Tonton video itu di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.