in

Warga Emas Baru Pulang Solat Subuh di Surau Ditahan Membeli Dadah

Page 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nota: Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi, tiada kena mengena dengan kejadian ini.


Kata orang di usia lanjut eloklah perbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri dengan Allah dengan lebih tawaduk. Orang kata lah, jangan condemn saya.

Namun, seorang warga emas berusia 70 tahun dari Tanjung Lumpur, Kuantan ini sebaliknya ditahan ketika sedang berurusan membeli dadah! Ishhh!

Malah, lelaki bercicit tiga itu lengkap mengenakan baju Melayu, berkain pelikat dan berkopiah ketika sedang membeli dadah jenis heroin tersebut kerana baru pulang dari menunaikan solat Subuh berjemaah di surau.

D2
sumber: huffingpon post

Menurut Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah itu, Nor Haffiza Ibrahim, warga emas berkenaan merupakan antara 80 orang yang ditahan dalam beberapa serbuan yang dijalankan oleh AADK daerah berkenaan kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Dia sebelum ini pernah ditahan AADK namun kembali terbabit dengan gejala penagihan dadah,” katanya.

Operasi secara besar-besaran yang dijalankan di beberapa sarang penagih dadah di Tanjung Lumpur, Beserah dan Jaya Gading itu berjaya menahan 78 lelaki dan dua wanita dalam lingkungan usia 16 hingga 70 tahun.

Dadah1
sumber: harian metro

Kesemua yang berjaya ditahan disiasat di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.