in

Wanita Tikam Teman Lelaki Kerana Cuba ‘Sentuh’ Anak Perempuan Berusia 12 Tahun

Image 1 2 E1505831836746
Sekadar gambar hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah terfikir apakah akan dilakukan seorang ibu apabila ternampak anaknya dicabul oleh seseorang? Bagi wanita ini, dia sanggup membunuh demi melindungi anaknya yang berusia 12 tahun pada September lalu.


Menurut mstar, ketika menuju ke bilik tidur, wanita itu ternampak teman lelakinya sedang berbaring di atas anak perempuannya itu dalam keadaan bogel. Terkejut dengan apa yang dilihatnya, tanpa berfikir panjang dia terus mengambil pisau di rumahnya yang terletak di Cleveland dan menyerang lelaki berusia 31 tahun itu.

Ketika ditemu bual pihak polis, wanita itu mengaku telah menikam teman lelakinya sebanyak 5 kali di bahagian dada dan satu kali di kepala. Mereka berdua kemudian bergelut sebelum lehernya dijerut dan badannya dihempas ke dinding. Wanita itu kemudian bertindak menghubungi pihak polis melaporkan apa yang berlaku.

Rogol
gambar hiasan

Menurut mangsa, lelaki tersebut telah meraba, menanggalkan seluar yang dipakainya dan menanggalkan pakaiannya sendiri. Dia kemudian berkata kepada kanak-kanak itu,

“Inilah apa yang akan berlaku di dunia nyata apabila kamu mempunyai teman lelaki.”

Lelaki tersebut bagaimanapun memberitahu pihak polis bahawa wanita tersebut menyerangnya kerana cemburu dengan anak perempuannya yang menyimpan perasaan terhadapnya.

Lelaki tersebut segera dibawa ke hospital selepas kejadian dan kini stabil. Wanita itu dan anak perempuannya pula dilaporkan cedera di tangan. Kes bagaimanapun masih dalam siasatan polis.

Baca: Gadis Nekad Bunuh Diri Selepas Ibu Abaikan Aduannya Dicabul Bapa Beberapa Kali

2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.