in

Choupette: Kucing Terkaya Di Dunia, Warisi Harta RM1 Bilion & Ada Pengawal Peribadi

Cats 16 E1631932834234

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mereka yang pernah membela kucing pasti tahu, kos yang diperlukan untuk menjaga haiwan comel ini bukanlah murah. Banyak perkara yang perlu diambil kira seperti makanan, pasir, barang mainan dan ubat-ubatan.


Boleh dikatakan, seseorang itu memerlukan sejumlah wang memandangkan kucing tidak boleh bekerja dan tidak memiliki duit. Namun, semua ini berbaloi dengan kecomelan dan kerenah haiwan ini yang mampu menghiburkan hati.

Lain pula kisahnya buat Choupette, seekor kucing baka Birman yang diiktiraf sebagai kucing yang paling kaya di dunia meskipun ia tidak mampu untuk bercakap dan bekerja seperti manusia.

6 1

5 1

Choupette ialah kucing milik Karl Lagerfield, seorang pereka fesyen dan tunjang belakang jenama Chanel. Karl bertanggungjawab dalam mereka koleksi siap pakai buat jenama itu. Hubungan Karl dan Choupette begitu akrab, sehingga Karl menganggap mereka berdua sudah berkahwin.

Dilaporkan, Choupette dijaga dengan dua pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan dan bermain dengan kucing berwarna putih ini. Jadi, agak sukar untuk mana-mana individu mendekati haiwan ini, apatah lagi cuba untuk membuat jahat.

4 2

3 6

Kehidupan yang dimiliki oleh Choupette juga mewah persis anak raja. Kucing ini memiliki iPad sendiri, pernah menaiki pesawat peribadi dan memilik beg LV yang dicipta khas untuknya.

Tidak cukup dengan itu, Choupette juga hanya diberi makanan mewah dan sihat. Difahamkan, kucing ini sering diberi makanan mewah seperti kaviar dan salmon dari restoran terbaik di Paris.

Bagaimanapun, Karl Lagerfield dilaporkan meninggal dunia pada tahun akibat komplikasi daripada kanser pankreas. Menurut sumber, lagenda dunia fesyen ini ada meninggalkan wang sejumlah £178 juta (lebih RM1 bilion) buat kegunaan Choupette.

1 11

2 9

Meskipun ditinggalkan dengan wang yang begitu banyak, Choupette turut memiliki wang sendiri hasil daripada kontrak menjadi model dan pengiklanan. Difahamkan, Choupette memiliki £3 juta (RM 17.3 juta) hasil daripada pekerjaan ini sahaja.

Buat anda yang mahu melihat perkembangan hidup Choupette, anda boleh mengikuti Instagram peribadi kucing ini di choupettesdiary.

Sumber: Mirror

BACA: Lelaki Terkejut Rumah Banjir Lepas Bangun Tidur, Rupa-Rupanya Kucing Buka Paip

Cover 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.