in

Wanita Terkilan Bapa ‘Condemn’ Tak Kuat Sembahyang Punca Anak Cakap Lambat

Ft Bapa Condemn Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekental mana pun jiwa seseorang itu pasti akan goyah jika orang yang mengecam itu adalah ibu bapa sendiri. Punah hati wanita ini apabila usahanya untuk menyelesaikan masalah speech delay yang dialami anaknya telah dipertikaikan oleh bapanya sendiri.

Wanita tersebut meluahkan yang dia sedih dan terkilan kerana bukan sahaja dipertikai, bapanya juga turut memperlekehkan wanita ini.


Artikel berkaitan : Tayang Iklan Colok Sembahyang Dengan Bau Ayam Goreng, KFC Thailand Terima Kecaman 

Artikel berkaitan : Wanita Terpaksa Gugur Anak Ke-3 Lepas Tahu Suami Pedofilia, Bapa Pernah ‘Usik’ Anak Sulung Perempuan

“Saya dengan husband dah bawa anak pergi occupational theraphy and speech therapy tanpa gagal. Masalahnya bapa saya macam pertikai semua benda yang saya buat untuk anak. Setiap kali balik kampung mesti dia tanya anak saya belajar apa je dekat therapy dan saya explain details.”

“Tapi dia cakap cikgu tu semua tak boleh pakai, membazir je duit hantar. Saya pertahankan keputusan kami suami isteri hantar anak kami pergi therapy. Kami dengan anak 24 jam, bukan orang lain dan kami sendiri yang saksikan improvement dia selepas pergi therapy.”

Pexels Alex Green 5700205

Wanita ini jadi bertambah sedih apabila bapanya turut memperlekehkan masalah yang dihadapi oleh anak kecilnya itu berpunca daripada dirinya yang tak kuat sembahyang.

“Bapa saya cakap, saya tak kuat sembahyang sebab tu anak jadi macam tu. Bapa cakap lagi, saya sebagai mak solat tu therapy terbaik untuk anak, bukan bagi anak messy play.”

“Kenapa bapa saya nak cakap budak-budak yang special needs macam speech delay, autism dan lain-lain sebab mak ayah mereka tak kuat sembanhyang ke atau tak sembahyang langsung?”

“Mungkin lepas ni kalua nak solat, saya kena ambil video dan update dalam group family.”

Wanita ini begitu kecewa apabila usaha yang dilakukan selama ini dipandang enteng oleh bapanya malah dikecam lagi.

“Salah ke kami sanggup berhabis duit dan kerahkan segala tenaga kami untuk lakukan yang terbaik buat anak kami macam hantar dia pergi therapy semua tu.”

“Selain solat dan doa bersungguh-sungguh, tak salah pun rasanya kalua kami ikhtiar dekat lain juga. Kalau orang luar pertikai usaha kami, mungkin saya boleh pekakkan telinga tapi ini keluarga sendiri akap macam tu.”

Wanita ini tidak dapat menahan rasa sakit hatinya apabila orang yang dia harapkan untuk memberikan sokongan moral itu telah memperlekehkan usahanya.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.