in

Wanita Terima ‘Mesej’ Boyfriend Bakar 500 Kalori Pukul 2 Pagi Dari Fitbit, Bila Ditanya Cakap ‘Tak Buat Apa-apa’

Bf1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hubungan percintaan pasti akan ada dugaan yang mendatang. Kadang-kadang, bila ada perkara yang mencurigakan mengenai pasangan kita, kita mesti akan korek sampai la ke lubang cacing.


Siapa sangka ‘mesej’ dari aplikasi Fitbit menjadi petunjuk kepada seorang pemilik akaun TikTok ,@ladynadiaessex mengenai teman lelakinya yang kantoi curang dengan perempuan lain.

Fitbit 6051Fe55306A8

Untuk pengetahun korang, wanita ini dan teman lelakinya telah selaraskan setting pada fitbit mereka, so maksudnya masing-masing boleh tau apa aktiviti yang dilakukan pasangan.

So, perbuatan teman lelakinya yang ‘exercise’ pada pukul 2 pagi sememangnya diketahui wanita tersebut.

Menurut India Times , wanita tersebut berkongsi kisahnya di platform TikTok mengenai mesej dari aplikasi fitness tracker yang  menunjukkan bahawa teman lelakinya selesai membakar 500 kalori pada jam 2.00 pagi.

Wah rajin ya bersenam pukul 2 pagi?

Dalam video tersebut wanita itu menceritakan bagaimana jam tangan pintar milik teman lelakinya itu menjadi ‘petunjuk utama’ dalam mengetahui perbuatan curang pasangannya itu.

“Selepas bekas teman lelaki saya pulang dari keluar malam, saya berfikir untuk membuatkan sarapan pagi . Pada waktu itu, saya menerima mesej mengenai bekas teman lelaki saya selesai bakar 500 kalori pada jam 2.00 pagi,” 

Fitbit 2 6051Fe9Cf2971

Selepas membaca notifications tersebut, wanita ini tidak melatah sebaliknya tersenyum sambil menolak sarapan yang dibuatnya kepada teman lelakinya itu.

Namun ramai tertanya-tanya apa yang jadi selepas itu. Bagaimanapun video tersebut telah dipadam di tiktok.

Di ruangan komen ramai yang ingin tahu apa yang terjadi namun pada masa sama ramai wanita yang mengucapkan terima kasih kepada wanita ini kerana kisahnya memberi inspirasi kepada wanita lain untuk lebih berhati-hati terhadap pasangan masing-masing.

Tapi difahamkan yang hubungan mereka dah putus, wallahualam.

Aiyok, habislah semua stok jam tangan pintar lepas ni….

 

Sumber : India Times

Baca :“Mimpi ngerilah kau”  Wanita Buat ‘Surprise’, Hias Bilik Teman Lelaki Dengan Mesej Curangnya Pada Tiga Wanita Lain

Capture 11

Sumber: India Times
Sumber: India Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.