Ingin bergaya tak salah tapi ada batasnya. Jika sehingga sanggup menjual nyawa, ianya tak berbaloi sama sekali.
Jika ibu lain menangis mengenang anaknya yang hilang, ibu muda di Rusia ini pula sanggup menjual anak perempuannya yang berusia baru satu minggu demi wang.
Kantoi jual anak kat pasaran gelap dengan polis menyamar sebagai pembeli
Luiza Gadzhieva, seorang ibu muda yang berusia 25 tahun ini ditangkap polis kerana telah menjual anaknya di pasaran gelap di Rusia.
Wanita tersebut menjual anaknya dengan harga 3000 pound sterling (RM16,064).
Selepas mendapat bayaran, dia telah meletakkan anaknya di sebuah kafe di tempat yang telah dipersetujui. Kemudian, dengan bukti yang mencukupi, polis menangkapnya di Moscow.
‘Survey’ kasut but untuk dibeli lepas dapat wang
Menurut thesunUK, katanya kepada pembeli yang berpotensi, dia mahu guna wang hasil jualan anaknya itu sebagai deposit rumah. Tapi sebenarnya dia nak beli kasut but!
Demi kasut but…
Siap survey lagi dengan adik/kakak, kasut but mana dia nak beli…
Ada pihak yang sudah menasihati supaya wanita berkenaan membatalkan niatnya selain memberi amaran bahawa akan ada akibat yang dihadapi jika dia meneruskan urusan jualan, namun ia tidak diendahkan.
Luiza dalam keadaan malu, mengaku bersalah ketika disoal oleh polis dan siasatan lanjut sedang dijalankan.