in

Wanita Pukul Warga Emas Dengan Selipar, Rebut Tempat Duduk Dalam Bas

2selipar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita berusia 57 tahun ditahan selepas bergaduh dengan seorang lelaki warga emas dalam sebuah bas bandar kerana berebut tempat duduk khas, dalam kejadian yang berlaku pada 13 Oktober lalu. Pergaduhan itu dirakam kamera keselamatan bas dan kemudiannya tular di media sosial, mencetuskan pelbagai reaksi netizen di Taiwan.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku kira-kira jam 6.40 petang ketika bas dalam perjalanan menuju ke Kuil Chenghuang. Wanita terbabit, dikenali sebagai Wei, pada awalnya duduk di kerusi khas berhampiran laluan sebelum seorang lelaki bernama Yang, yang mengalami masalah pergerakan menaiki bas dan meminta tempat duduk tersebut bagi memudahkan pergerakannya.


Screenshot 2025 10 18 at 10.31.13 AM

Namun, permintaan itu tidak diendahkan, menyebabkan berlaku pertengkaran mulut antara kedua-duanya. Keadaan bertambah tegang apabila Yang terus menegur dan menasihati Wei, sehingga wanita itu hilang sabar lalu menamparnya menggunakan selipar. Tidak berpuas hati, Yang kemudian bertindak menendang semula wanita berkenaan, dan pertengkaran bertukar menjadi pergaduhan fizikal.

Pemandu bas cuba meleraikan pergelutan namun kedua-dua mereka terus berbalas serangan menggunakan selipar dan botol plastik. Bimbang keadaan menjadi lebih kecoh, pemandu bas akhirnya mengarahkan mereka turun daripada bas bagi mengelakkan gangguan kepada penumpang lain.

Menurut pihak polis, walaupun tiada laporan rasmi dibuat, kedua-dua individu telah dipanggil untuk membantu siasatan. Hasil semakan lanjut mendapati wanita berkenaan dikehendaki polis berhubung satu kes kecurian. Insiden itu turut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial, dengan ramai berpendapat isu tempat duduk khas seharusnya diselesaikan secara berhemah dan penuh budi bicara.

 

Baca: Polis Sahkan Kes Pergaduhan Pelajar Di Telok Panglima Garang Tapi Tak Ambil Tindakan Sebab…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.