in

Wanita Pasang Mesin Punch Card di Rumah Supaya Suami Pulang Sebelum Jam 9 Malam

A 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jangan pelik, kes ini benar-benar berlaku.


Seorang netizen dari Shanghai, China baru-baru ini melawat wanita yang juga seorang isteri. Dia kemudian menjumpai sebuah mesin punch card yang dipasang di dalam rumahnya.

Rupa-rupanya mesin itu adalah buatan sendiri yang dipasang wanita tersebut untuk memastikan suaminya pulang ke rumah setiap malam sebelum jam 9. Jika tidak, suami itu akan menanggung akibatnya. Mak aihhh!

Mesin
sumber: world of buzz

Mengikut laporan, si isteri mengambil tindakan ekstrem sebegini selepas suaminya yang bekerja di sebuah syarikat internet sering kerja lebih masa dan pulang ke rumah lewat.

Jika suaminya berjaya pulang awal dan makan malam bersama-sama, dia akan terlepas daripada didenda membasuh pinggan.

Tapiiii….jika dia lewat 30 minit atau kurang daripada itu, dia akan dikenakan bayaran denda sebanyak 100Yuan (RM62).

Dan jika dia melepasi 30 minit lewat, dia terpaksa melakukan kerja-kerja rumah satu hari pada hujung minggu.

Fuhhhhh! Lain macam isteri dia ni…

Giphy 58

Isteri itu turut memberitahu rakannya bahawa,

Jika mesin punch card ini boleh membuatkan suami saya pergi kerja on time, jadi ia juga boleh buat suami saya pulang ke rumah on time!”

 Movie Friday Damn Ice Cube Chris Tucker Gif

Selepas sistem sebegitu dilaksanakan, keadaan bertambah baik dan menurut si isteri, perkahwinan mereka juga menunjukkan perubahan yang lebih baik. Boleh percaya keeee….. Musykil ni…

Kisah ini kemudian menjadi tular dan netizen rata-rata terkejut dengan sistem perintah berkurung yang dilaksanakan wanita berkenaan.

Ini memang melampau. Awak menahan kebebasannya!.” komen seorang netizen.

Hai sayang, mungkin saya boleh laksanakan sistem ini di rumah kita juga? :p” gurau seorang netizen.

Mesin punch card di rumah? Tidak keterlaluan ke?

Apa pendapat korang?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.