in

[VIDEO] – Wanita Panik, Biawak Besar Panjat Dinding Masuk Dalam Rumah Melalui Lubang Udara

Biawak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita di Banjarmasin, Indonesia baru-baru ini telah berhadapan dengan situasi cemas setelah dia sedar bahawa tandas di rumahnya ‘diceroboh’ oleh seekor biawak bersaiz besar.


Wanita itu sempat merakam biawak itu memanjat dinding untuk masuk ke dalam bilik airnya dan video tersebut kemudiannya tular di media sosial setelah dikongsikan di TikTok alyaaziyya.

https://www.tiktok.com/@alyaaziyya/video/7218642515740658971

Menurut wanita yang dikenali sebagai Alya itu, dia sebenarnya sedang tidur di dalam bilik sebelum terjaga kerana terdengar ada bunyi barang yang jatuh dari arah tandasnya.

Dia sangat terkejut apabila menjenguk ke dalam tandas sebab ada seekor biawak telah memanjat dinding untuk masuk ke dalam rumahnya melalui lubang udara yang terbuka.

Biawak Panjat Dinding 2

Setakat ini (ketika artikel ini ditulis), video berkenaan telah ditonton oleh netizen sebanyak 22.2 juta kali.

Apa yang lagi seram, dia pada ketika itu tinggal keseorangan di rumah, jadi dia keluar untuk meminta tolong daripada pengawal keselamatan berdekatan rumahnya.

Rata-rata warganet terkejut dan turut seram melihat saiz biawak tersebut yang sangat besar. Mungkin inilah haiwan yang orang panggil gorgon dekat TikTok baru-baru ini. 

Ada warganet yang mengatakan jika dia yang terpaksa berhadapan dengan biawak sebesar itu, mungkin dia dah pengsan depan pintu tandas akibat terlalu terkejut.

Ada juga yang terkejut mendapat tahu bahawa biawak mampu panjat dinding sehingga setinggi itu.

Biawak Panjat Dinding Rumah 1

Manakala ada juga warganet prihatin yang mencadangkan agar wanita ini memasang jeriji atau jaring di lubang udara di tandas rumahnya itu agar biawak atau mana-mana haiwan bahaya tidak boleh memasukinya lagi.

Difahamkan, biawak itu akhirnya keluar sendiri dengan cara memanjat semula dinding untuk keluar melalui lubang udara yang sama.

Biawak Panjat

Pandai pulak dia keluar balik dekat tempat sama yang dia masuk. 

Sumber: TikTok @alyaaziyya

Baca: “Ni betul lepas rindu”- Tak Pasal-Pasal Jalan Sesak Sebab Dua Biawak ‘Berpelukan’ Di Tengah Jalan

Page Biawak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.