in

Wanita Pandu 12 KM Sambil Biarkan ‘Cleaner’ Tersadai Atas Bonet Kereta Sebab ‘Tak Nak Kalah’

Tersadaiataskereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Disebabkan rasa bengang, marah dan masing-masing ada perangai ‘tak nak kalah’ . Wanita China Timur ini tekad membuat tindakan luar kawalan dengan memandu sepanjang 13 kilometer sampai mengangkut pembersih jalan menempel di bonet hadapan kereta.


Insiden ‘road rage’ ini terjadi di sebuah Universiti di Wuhan, pada 29 September.

Panjat atas bonet sebab masih tak puas hati penyapu rosak 

Perbalahan bermula apabila  wanita itu  membanting penyapu pak cik cleaner tu secara tidak sengaja

Wanita tersebut memutuskan untuk masuk ke dalam kereta dan halau pak cik cleaner.

Namun pak cik cleaner tu masih tak puas hati dan terus melangkah ke atas bonet hadapan kereta sambil memegang penyapu yang rosak di saat pemanduan dah bermula.

Perbalahan menjadi semakin teruk sepertimana yang terpapar dalam video ini.

Video yang berdurasi 56 saat itu menunjukkan pak cik cleaner tersebut sedang berpaut diatas bonet hadapan kereta ketika pemandu melorot sepanjang 13 kilometer.

Lepas 13 km, terus singgah ke balai polis. Tapi…

B 4
Sumber : nextshark

Pemandu wanita yang dikenali sebagai Li, membuat keputusan untuk menuju ke Balai Polis Jianqiao, yang teretak di daerah Hanyang.

Menurut sumber, Li dikenakan tindakan di bawah Artikel 42 undang-undang China keselamatan awam, dimana wanita tersebut diperintahkan membayar denda 500 yuan (RM 303) dan menghabiskan masa 10 hari dalam tahanan.

Sementara itu, netizens telah melabelkan pak cik cleaner  yang dikenali Ku sebagai, “pembersih jalan Harry Potter,” mungkin merujuk kepada cintanya untuk penyapu.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan pada tubuh badan KU

*Alahai, wanita tu pun ganti lah balik penyapu dia. Pak cik tu pun, takkanlah pasal penyapu pun sampai nak bersadai atas kereta orang. Ni lah jadi kalau masing-masing tak nak kalah!.\

Baca : Jumpa ‘Panty Liner’ Dalam Makanan di Restoran Hot Pot Dua hari Berturut-Turut 

Pantyliner

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.