“Wanita pakai skirt, tolong hati-hati.” – Lelaki ‘Gila Seks’ Kantoi Rakam Video Wanita Pakai Skirt Pendek Di Sunway Pyramid

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Tak senonoh betul! Kalau dah gila seks tu, tempat public pun jadi. Memang dah tak ada ke tempat selamat dari orang-orang macam ni?

Macam cerita lelaki gila seks ni, nasib baik ada orang perasan, kalau tak, entah berapa ramai lagi wanita-wanita jadi mangsa untuk puaskan nafsu dia.

“Wanita pakai skirt, tolong hati-hati”

Seorang pengguna Facebook, Jason Chow, menceritakan kejadian yang berlaku di Sunway Pyramid pada Ahad lalu.

FEMALE SHOPPERS WEARING SKIRTS?AT Sunway Pyramid? PLEASE BEWARE! Today 3/3/2019(Sunday) at around 7pm, while I was…

Posted by James Chow on Sunday, March 3, 2019

 

Menurut Jason, lelaki tersebut kelihatan menghampiri wanita memakai skirt pendek sambil merakamkan video bawah skirt mereka menggunakan telefon yang disorokkan dalam salah satu beg yang dipakainya.

“Semasa saya sedang membeli-belah dengan teman wanita saya, saya nampak seorang lelaki 40-an bawa beberapa shopping bag dan senyap-senyap rekod wanita yang sedang membeli-belah.”

Setelah dia pasti lelaki itu memang sedang merakam beberapa wanita dalam kedai baju, Jason membuat laporan pada penyambut tetamu di pusat membeli belah tersebut.

Suspek Ditangkap, Terbukti Dalam Phone Ada Beratus Video Wanita

Selepas membuat aduan, seorang pengawal keselamatan yang berpakaian biasa mengikuti lelaki tersebut untuk memastikan laporan Jason.

Apabila pegawai keselematan itu sendiri melihat perbuatan lelaki tersebut, mereka telah menangkap lelaki itu dan membawanya pergi ke bilik kawalan.

Telefon lelaki yang ditangkap ini diperiksa dan terbukti ada beratus video bawah skirt wanita di dalamnyaConfirm dah lama buat kerja ni!

“Untuk wanita yang pakai skirt, tolong hati-hati dengan persekitaran semasa membeli belah. Lebih-lebih lagi kalau ada orang pakai beg datang dari belakang, mungking ada kamera dalam beg mereka.” Nasihat Jason.

Lelaki itu kemudiannya di bawa ke Balai Polis berhampiran dan menurut Jason, polis akan memberi nasihat pada lelaki tersebut tentang perbuatannya.

Kerana lelaki yang ditangkap ini merupakan warga asing dari Jepun, Jason tak pasti apa hukuman yang akan diterimanya.

Lepasni korang semua hati-hati lah ye, tak semestinya yang pakai skirt je. Orang-orang gila seks macam ni, memang bahaya pada semua orang.

 

Baca: Puk*mak betul lah, kau turun sekarang!” – Gadis ‘Sound’ Lelaki Gila Seks Lepas Kantoi Tengah Gosok K*nek Dalam Bas

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson