Korang mesti pernah mengalami situasi tulang ikan tersekat kat kerongkong kan? Biasanya korang guna apa untuk ‘settle’kan masalah tersebut? Kalau korang tak korek tekak, mesti korang telan air liur atau telan gumpal nasi kan?
Namun apa yang dilakukan wanita di China ini pasti buatkan korang ternganga sebab dia korek tulang ikan yang tersekat di kerongkongnya dengan sudu.
Macam mana dia korek tulang ikan dengan sudu agaknya?
Sudu besi lima inci tersangkut dalam usus kecil sampai…
Menurut Daily Mail, disebabkan tindakan wanita yang dikenali sebagai Lili itu menggunakan sudu untuk mengorek tulang ikan di kerongkongnya, Lili malangnya tertelan sudu tersebut.
So dia kemudiannya dikejarkan ke hospital selepas sudu sepanjang lima inci yang dia gunakan untuk mengorek tulang ikan tersebut berada di bahagian duodenumnya (pangkal usus kecil) selama empat hari.
Sepanjang empat hari, saya tidak menghadapi sebarang ketidakselesaan atau kesakitan pada perut. Selepas melakukan X-ray dan endoskopi pada Lili, doktor menemui sudu tersebut berada di bahagian duodenum (pangkal usus kecil selepas perut).”-Lili

Difahamkan kejadian tersebut berlaku sewaktu baru-baru ini iaitu ketika sambutan Festival Qingming.
Disebabkan selepas empat hari baru sudu besi tersebut dikeluarkan, makan bahagian Duodenum Lili sedikit membengkak dan terhakis.
Sudu tersebut berada dalam keadaan melintang menyebabkan kami terpaksa berhati-hati menarik keluarnya dalam keadaan menegak. Keseluruhan masa yang diambil untuk mengeluarkan sudu tersebut ialah 10 minit.”-Doktor

Tapi untuk pengetahuan korang, kejadian tertelan sudu di China bukanlah perkara yang baharu sebab Oktober lalu ada seorang lelaki berusia 26 tahun menelan sudu besi waktu dia mabuk.
Manakala pada Jun 2015, seorang pelajar tertelan sudu gara-gara ditolak semasa menikmati aiskrim.
Scary weh, tapi admin fikir jugak kenapa dia guna sudu untuk korek tulang tu? Hurm musykil betul.
Baca : Kecoh! Lebih 100 Wanita Bangga Telanjang Bulat Di Tempat Awam Di Bukit Tinggi, Pahang.