in

Kantoi Ramai Skandal, Suami Ceraikan Isteri Masa Hamil 2 Bulan & Tuduh Bukan Anaknya

Ft Suami Ceraikan Masa Hamil 2 Bulan E1653102048291

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Punya ghairah nak surprisekan suami bila dah balik ke Malaysia, sekali surprise lain pula yang dia dapat.

Remuk hati seorang isteri yang sanggup ke luar negara untuk cari rezeki bila dapat tahu suaminya berselingkuh dengan wanita lain, lebih teruk lagi, cara dia macam tak bersalah apa-apa.


Kisah ini mula dikongsikan oleh Adibatul Khadijah menerusi TikTok miliknya, dia bersikap terbuka kongsikan pengalaman pahitnya dalam hidupnya saat diceraikan suami ketika hamil 2 bulan.

 

Bercerai lepas kantoi ramai skandal

https://www.tiktok.com/@adibatulkhadijah/video/7078728160312954138?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en

Video itu kemudiannya tular dan menarik perhatian netizen untuk terus berikan kata-kata semangat sebagai pemangkin untuk dirinya kuat.

Disebabkan video itu viral juga, Adibatul telah ditemubual oleh mStar Online untuk menceritakan detik-detik hitam tersebut.

Adibatul atau lebih mesra disapa Adiba mula tahu dia sedang berbadan dua apabila waktu ‘datang bulan’ tak stabil, malah dia juga ada masalah tak suka bau makanan termasuklah nasi.

https://www.tiktok.com/@adibatulkhadijah/video/7078951872228281627?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en

Nak dipendekkan cerita dia buat ujian kehamilan dan disahkan hamil. Namun begitu, dia yang masa itu berada di luar negara mahu memberikan kejutan buat suaminya.

“Jadi saya ambil keputusan nak buat surprise dekat suami tentang berita gembira saya mengandung. Apabila sampai Malaysia, saya terus balik rumah dulu dekat Puchong. Suami ada dekat Bangsar masa tu.”

Semasa di rumah ada perkara yang tidak disangka-sangka berlaku apabila suaminya secara tidak sengaja menghubungi nombor telefonnya, bila dia angkat dia terdengar perbualan suami itu dalam loghat Sabah.

“Apabila angkat panggilan tu saya dengar suami tengah borak dengan perempuan lain cakap aku sayang kau. Saya hairan dengan situasi itu jadi saya putuskan talian dan telefon dia semula.”

“Lepas saya call semula dan tanya siapa yang dia panggil sayang tu, dia terkejut. Dia pun terus datang kepada saya di rumah mak.”

https://www.tiktok.com/@adibatulkhadijah/video/7078963479578692890?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en

Waktu itulah suaminya berterus terang memberitahu perkara sebenar yang dia main kayu tiga. Menurut Adibah, bukan seorang dua, agak ramai.

“Jadi kami pun berpisah secara hitam putih pada 3 September 2018 di MAsjid Al-Ehsan Bandar Kinrara, Puchong.”

Tak nak mengaku kandungan anak sendiri

https://www.tiktok.com/@adibatulkhadijah/video/7079038885031873818?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&lang=en

Jelas Adiba lagi, sewaktu suaminya lafaz cerai, suaminya itu dikatakan tidak mengaku bahawa anak dalam kandungan itu adalah miliknya.

Katanya, sepanjang 4 tahun mereka mendirikan rumah tangga, dia sudah lama dapat rasakan yang suaminya pada waktu itu (awal 2017) curang, tapi persoalan itu tak terjawab.

Baca : Isteri Minta Cerai, Lelaki Ini Ambil Semula Barang Rumah Yang Pernah Dihadiahkan Kepada Pasangan

F2 Ambil Balik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.