in

Wanita Kongsi Luahan Benci Menjadi Seorang Ibu, Rasa Nak Buang Anak Sendiri

Bfsgfaw

Orang kata anak itu sebenarnya adalah satu anugerah daripada Tuhan dimana tidak semua pasangan suami isteri yang berkemampuan untuk memiliki anak dan seharusnya bersyukur atas kurniaan tersebut.

Selalunya, para ibu yang paling gembira sekiranya mendapat khabar berita bahawa mereka bakal dikurniakan cahaya mata dan tidak sabar untuk bergelar seorang ibu.

Namun, ia berbeza dengan satu perkongsian yang tular di media sosial berkenaan individu yang berkongsi pengalamannya menjadi seorang ibu buat kali pertama.

Wanita kongsi luahan benci jadi seorang ibu

Hantaran tersebut telah dikongsikan di laman Twitter oleh seorang pengguna yang memuat naik beberapa tangkap layar mengenai kisah seorang wanita yang benci menjadi seorang ibu.

Menurut hantaran tersebut, wanita berkenaan menceritakan pengalamannya sebagai seorang ibu yang ternyata bukan menjadi kesukaannya dan turut memberi beberapa sebab-sebab mengapa dirinya benci bergelar sebagai seorang ibu.

“Salam semua. Kali ini memang nak meluah rasa yang terbuku di hati. Sungguh aku benci menjadi mak. Rasa nak buang anak jauh-jauh.”

“Sebelum korang nak hukum aku tak bersyukur. Dengar cerita aku dulu. Aku dah penat dah layan orang cakap aku tak bersyukur bla bla bla.”

Sebab pertama – gagal menjadi seorang ibu

Individu tersebut mengatakan dirinya gagal menjadi seorang ibu kerana tidak menyukai perasaan itu. Dia juga telah mencuba untuk menjaga anak dengan belajar pelbagai cara seperti cara menyusu, cara bermain dan sebagainya namun gagal malah semakin tertekan.

“Bila aku stress aku pun sampai menangis, menjerit, meraung juga. Aku sendiri ada masalah emosi tak stabil. Aku memang akan lari jauh daripada anak aku tu sebelum aku apa-apakan dia.”

Dia juga mengatakan bahawa dia sudah tidak lama merasa ruang untuk diri sendiri dan berdoa kepada Tuhan agar apa-apa perkara yang boleh memudaratkan anaknya.

Sebab kedua – mempersoalkan tujuan hidup

Individu juga mengatakan bahawa dia telah mempersoalkan mengenai tujuan hidupnya yang seakan hanya hidup untuk membesarkan anak dan menjaga keluarga semata-mata.

“Jadi hamba anak? Jadi hamba suami? Memang perempuan perlu berkorban macam tu ke? Ini ke yang dinamakan sebuah kularga? Sungguh aku tak bahagia.”

“Aku tak faham apa anak aku. Apa benda la best sangat jadi seorang mak ni?”

“Anak gigit kau. Anak sepak tendang kau. Then what is the point? Bila kau dah hilang diri kau.”

Sebab ketiga – perasaan serba salah 

Perasaan serba salah yang hadir menyebabkan salah satu sebab individu tersebut membenci dirinya sebagai seorang ibu. Dia juga mengatakan rasa serba salah sekiranya dia gagal membentuk anaknya apabila kian membesar.

“Serius aku benci kena pukul dengan anak aku sendiri. Kurang ajar betul.”

“Dia balas balik aku buat dia ke? Memang la aku ada cubit dia bila geram tapi tak ada la sampai tendang tumbuk. Aku waras lagi untuk tidak cederakan anak aku.”

Malah, dia membuat keputusan untuk mencederakan diri sendiri dan biarkan dirinya yang tersakiti.

“Hantuk kepala. Lempar sepak barang. Memang kalau marah penat stress aku hilang kawalan.”

Yuris Alhumaydy Msxmhkgrs8S Unsplash

Sebab keempat – takut memikirkan masa depan

Dirinya yang takut dan memikirkan masa depan anaknya. Menurutnya, dia takut sekiranya anaknya akan melakukan perkara yang sama dengan apa yang dia lakukan sekarang.

“Aku menjerit pada anak aku masa kecil ini, tengoklah nanti anak kau menjerit balik pada engkau bila dah tua. Aku memang terkesan dengan pernyataan itu. Walau ia belum terjadi kenyataan. Aku takut.”

Sebab kelima – rasa diri terkongkong

Mungkin sebab terakhir ini jelas terjadi kepada semua para ibu iaitu berasa diri terkurung dan terkongkong. Menurut individu tersebut, dia merasakan dirinya seperti dihukum, diatur keputusan berdasarkan anaknya.

“Macam aku tak boleh hiking lagi sebab anak. Aku tak boleh keluar sesuka hati sebab ada anak. Aku mengeluh dan mendengus pun tak boleh. Aku tiada hak untuk menyakiti anak aku tu.”

Dia juga di akhir kata meluahkan hasrat untuk menjadi bujang semula kerana dia seakan tidak bernafas setiap hari dan berniat untuk meninggalkan semua ini dan merantau dunia seperti mana cita-cita asalnya.

Sedih min dengar luahan seorang ibu ini. Bagi min, suaminya juga memainkan peranan penting dalam hal ini dengan menyokong dari segi fizikal dan mental seorang isteri. Betul tak?

Baca: Anak Buntu Ibu Hidup Macam Gelandangan, Alami Kemurungan Selepas Berpisah Dengan Suami

Hild