in

Wanita Ini Pesan Makanan Di Restoran, Apa Yang Diterima Sangat Meloyakan

Done

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Premis makanan adalah perniagaan paling sensitif kerana kebersihan yang perlu dijaga rapi. Kadang kala ada yang nampak bersih di luar tetapi di bahagian dapur sangat kotor. Ada juga yang memang di tempat meja dan kerusi makan pun dah boleh nampak betapa kotornya kedai itu.


Makan di luar memang banyak risiko. Antaranya makanan tidak elok, sudah lama dan dipanaskan semula. Ada yang sampai sudah berulat!

Ann Coulter Alma Mater Ewwwwwwwwwww

Pengguna Facebook Ida Ibrahim kongsi nasib malang beliau dapat makanan yang sudah berulat.

Ida menyatakan rasa tidak puas hatinya kerana dalam keadaan yang sangat lapar, dapat pulak makanan sudah berulat!

Ulat1

“Dah la perut lapar gila…pergi makan dekat Ehsan Ria Centre Point di Kuantan…Last-last ni yang dapat…Muntah jangan tanya la berapa banyak…Geram betul !!!!!! Kepada sesiapa yang pernah makan di situ harap berhati-hati lah ye…”

 

Ulat2

Tak kira apa jenis makanan yang dijual, jagalah kebersihan premis anda. Ikutlah protokol dan prosedur pembersihan. Sebab pelbagai jenis penyakit boleh datang disebabkan kebersihan yang tidak dijaga dengan baik.

Contoh keratan akhbar tentang premis yang ditutup kerana masalah kebersihan:

Kedai5

Kalau nak diikutkan memang banyak dan selalu keluar di surat khabar berita penutupan premis kerana masalah kebersihan. Premis yang kotor akan jadi ‘tempat tinggal’ tikus, lalat, lipas dan sebagainya. Bayangkan kuali yang digunakan untuk memasak lauk (bila tengok terliur je kan) sudah ada kesan air kencing tikus atau tempat lipas lalu lalang. 

Image Result For Yuck Gif

Selain menyebabkan keracunan makanan, pelbagai penyakit lain juga boleh disebabkan oleh tikus (kencing tikus), lipas, lalat dan sebagainya. Sebab tu lah, Kementerian Kesihatan sangat menitik beratkan isu kebersihan setiap premis.

Mungkin mereka (pihak premis) berpendapat ia perkara yang remeh dan tidak semua pelanggan peduli tentang kebersihan sesebuah premis. Tapi kalau dorang (pelanggan) buat report dan premis kena serbu, tak pasal-pasal kena tutup kedai. Masa tu nak menyesal pun dah tak guna! Sebab apa? Sebab sendiri cari pasal.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.