in

Wanita Hamil 8 Bulan Maut Digilis Lori Menyebabkan Bayi Tercampak Keluar

Page 15

Tragis! Satu perkataan yang cukup untuk menggambarkan kematian pasangan suami isteri ini.

Baru-baru ini, pasangan tersebut sedang dalam perjalanan ke satu destinasi yang tidak dinyatakan, menaiki motorsikal. Disebabkan wanita itu hamil lapan bulan, ada andaian mengatakan mereka mahu pergi atau baru pulang dari pemeriksaan di hospital.

Ketika dalam perjalanan, pasangan itu terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan lori. Menurut pemandu lori berusia 50 tahun itu, motorsikal pasangan tersebut terjatuh ke bawah tayar lori bahagian belakang menyebabkannya tidak perasan telah menggilis pasangan tersebut.

Akibat gilisan itu, wanita yang sarat mengandung tersebut maut serta merta dan badannya hancur dari bahagian kepala hingga ke pinggang. Suaminya pula dilaporkan cedera parah di bahagian kaki dan dada.

Z 7

Lebih menyedihkan lagi, bayi yang dikandungkannya tercampak keluar sejauh lima meter!

B1

Orang ramai yang berada di tempat kejadian terus mengerumuni pasangan itu dan mula mengambil video serta gambar sebelum ambulan dan pihak polis tiba beberapa minit kemudian.

Sebaik tiba, mayat wanita itu terus ditutupi kerana keadaannya yang sangat mengerikan. Bayi itu juga kemudian diambil dan dibawa ke hospital bersama-sama.

Z1 3

A2 2

Suami wanita itu bagaimanapun dilaporkan maut ketika dalam perjalanan menuju ke hospital. Kesemua mayat sekeluarga itu kemudian dibedah siasat.

Setiap hari ada sahaja kes kematian berpunca dari kemalangan. Usah tuding jari menyalahkan satu sama lain, sebagai pengguna jalan raya kita haruslah sentiasa berhemah dan mematuhi undang-undang. Benar kata orang, malang tidak berbau.