in

Wanita Ditahan Lepas Video 3 Kanak-kanak Duduk Atas Tingkap Ketika Kereta Bergerak Laju Tular

Collage 45

Tak semestinya benda yang kanak-kanak rasa seronok, kita sebagai orang dewasa patut biarkan dorang buat walaupun sedar ianya merbahaya.

Macam baru-baru ni, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik (JSPT) telah kongsikan semula video tular melalui laman Facebook menunjukkan tiga kanak-kanak duduk di atas tingkap kereta Perodua Alza ketika kenderaan tersebut sedang bergerak laju di atas jalan raya!

JSPT mendapati satu video tular di sosial media mengenai sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang membawa penumpang dipercayai (3) kanak-kanak telah mengeluarkan separuh badan di bahagian penumpang hadapan dan penumpang belakang sebelah kiri dan kanan kenderaan yang sedang bergerak. Tingkah laku mereka ini merupakan satu tindakan yang amat berbahaya dan boleh mendatangkan kemalangan.”

SEGMEN # PERINGATAN TRAFIK – MEMBAWA PENUMPANG SECARA BERBAHAYA MERUPAKAN SATU KESALAHAN.Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mendapati satu video tular di sosial media mengenai sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang membawa penumpang dipercayai (3) kanak-kanak telah mengeluarkan separuh badan di bahagian penumpang hadapan dan penumpang belakang sebelah kiri dan kanan kenderaan yang sedang bergerak. Tingkah laku mereka ini merupakan satu tindakan yang amat berbahaya dan boleh mendatangkan kemalangan.JSPT sedang menyiasat video kejadian dan telah mengenalpasti kenderaan tersebut serta akan mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada. Antara tindakan yang boleh dikenakan kepada pemandu mahupun ibu bapa/ penjaga kepada penumpang kanak-kanak adalah seperti :-1. Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) – Perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain,2. Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001- Penganiyaan, pengabaian ke atas kanak-kanak.JSPT mengingatkan semua pemandu yang membawa kanak-kanak agar sentiasa memastikan keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan dan kawalan mereka terjamin. Sekiranya berlaku kecuaian oleh pemandu di atas ketidakpatuhan peraturan keselamatan semasa membawa kanak-kanak tersebut, maka tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap pemandu dan ibu bapa/ penjaga tersebut.#peringatankeselamatan#jsptprihatin Video kredit : Jenny Ng

Posted by Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM on Tuesday, December 28, 2021

Menerusi laporan wartawan Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter, pihak polis telah pun menahan pemandu Perodua Alza terbabit yang dipercayai membawa tiga kanak-kanak ini dalam keadaan berbahaya di Jalan Reko Kajang.

Dipercayai, wanita tersebut merupakan ibu saudara kepada tiga kanak-kanak tersebut.

Di dalam posting sebelum ini, JSPT mengatakan pemandu ini akan disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (Akta 574) – Perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001- Penganiayaan, pengabaian ke atas kanak-kanak.

Selain itu, JSPT turut memberi peringatan kepada semua pemandu supaya sentiasa memastikan keselamatan kanak-kanak terjamin.

JSPT mengingatkan semua pemandu yang membawa kanak-kanak agar sentiasa memastikan keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan dan kawalan mereka terjamin. Sekiranya berlaku kecuaian oleh pemandu di atas ketidakpatuhan peraturan keselamatan semasa membawa kanak-kanak tersebut, maka tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap pemandu dan ibu bapa/ penjaga tersebut.”

Memang seriau tengok, kalau bernasib baik memang tak jadi apa-apa, tapi kalau tak?

 

Baca: Tindakan Penjaga Biar Kanak-Kanak Melompat Di Belakang Trak Pikap Undang Risau Warganet

Collage 46