Seorang wanita yang dipercayai tidak menghormati bulan Ramadan dengan menunjukkan dirinya sedang makan sambil membuat sesi live di TikTok pada Ahad lalu telah ditahan.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kini sedang menyiasat kes tersebut, pengarahnya, Datuk Mohd Asri Abdullah, berkata wanita itu telah ditahan di Kuala Pilah semalam dan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 atas kesalahan menghina atau mencela agama Islam.
Artikel berkaitan: Bapa Tiri Tular D*ra Anak Dah Ditahan Polis
Artikel berkaitan: Buli Dan Paksa Junior Merok*k, Pelajar Tingkatan 5 Ditahan Polis
Katanya, hasil penelitian daripada pihak berwajib ini, mereka mendapati bahawa wanita itu melakukan sesi live sekitar jam 6.45 petang.
“Semasa siaran langsung itu, individu berkenaan didapati secara terbuka makan dan minum,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai khususnya umat Islam supaya lebih peka terhadap sensitiviti agama serta memuliakan Ramadan dengan mengamalkan sikap dan tingkah laku yang sesuai dengan tuntutan agama Islam.

Tambahnya, JHEAINS komited dalam memastikan apa jua urusan mengenai umat Islam di negeri ini akan diuruskan dengan tertib, penuh hikmah dan berlandaskan syariat Islam serta undang-undang yang berkuat kuasa.
Sumber : Berita Harian
