in

Wanita Diberikan Cuti Oleh Bos Sebab ‘Tak Ada Mood’

Ft Pekerja Tak Ada Mood

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara ‘tak ada mood’ nak masuk kerja, pihak syarikat memberikan lampu hijau untuk meluluskan pekerja ini cuti dengan alasan dia tidak berpuas hati kerana tiada salji di tempatnya.

Menerusi sumber, insiden tersebut telah meraih pelbagai reaksi di sebuah platform media sosial di China.


Artikel Berkaitan : Tak Nak Pekerja Rasa Jelak, Bos Dari Taiwan Tukar ‘Company Dinner’ Kepada Cash RM 1,500

Artikel Berkaitan : Pekerja Taman Tema Terkemuka Buat Hal, Halang Lamaran Pasangan Kekasih Di Hadapan Orang Ramai

Wanita yang berasal dari Hangzhou dekat wilayah Zhejiang kongsikan perkara ini menerusi sebuah video, dia menerangkan proses bagaimana dia boleh mendapat cutinya itu.

Video tersebut memperlihatkan bahawa dia mengisi borang permohonan cuti dan menyatakan alasannya sebagai ‘tidak ada salji di Hangzhou dan saya berasa beremosi’.

Jelas wanita terbabit, syarikat tempat dia kerja memang ada tawarkan cuti kerana tak ada mood selain daripada cuti hari wanita, hari kanak-kanak dan cuti rehat untuk majlis perkahwinan serta cuti kerana kematian.

Screenshot 2024 01 23 161958

“Majikan kami menjelaskan bahawa jika pekerja tidak berpuas hati, mereka boleh meminta cuti jenis ini pada bila-bila masa tanpa menjejaskan gaji atau bonus prestasi mereka.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) untuk syarikat tersebut ada membuat pengisytiharan secara terbuka sebelum ini menyatakan bahawa kakitangan juga ada hak untuk mengatakan tidak kepada majikan mereka dan boleh ambil cuti kerana tiada mood.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.