in

Wanita Buat Kecoh & Maki Hamun Di Klinik Kena Tahan, Dihantar Ke Hospital Bahagia

wanita mengamuk maki hamun di klinik gombak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular satu rakaman video memaparkan seorang wanita membuat kecoh dengan memaki hamun di sebuah klinik kesihatan di Gombak sehingga mengganggu ketenteraman orang awam yang berada di premis terbabit.

Terbaharu, wanita berkenaan telah pun ditahan polis dan didakwa di Mahkamah Majistret Selayang pagi tadi.


Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, kejadian itu tercetus apabila suspek yang berusia lingkungan 20-an datang ke klinik berkenaan bersama anaknya untuk mendapatkan rawatan sebelum tiba-tiba mengamuk.

Artikel berkaitan: Anak & Ibu Cedera Gara-gara Pembantu Rumah Mengamuk Guna Parang

Artikel berkaitan: “Saya mohon hentikan penyebaran, ini aib keluarga saya” – Isteri Lelaki Viral Di Klinik Kesihatan

Screenshot 2025 11 20 145515 Screenshot 2025 11 20 145530

“Suspek mengeluarkan kata-kata kesat kepada kakitangan awam dan pesakit lain. Dia turut bertindak agresif dengan meludah serta berdiri di atas kerusi menunggu sambil memaki hamun petugas dan orang awam yang berada di lokasi,” katanya.

Polis menerima laporan berhubung insiden itu pada 19 November kira-kira pukul 12.25 tengah hari yang dibuat oleh seorang kakitangan klinik di Balai Polis Gombak.

“Suspek kemudian ditangkap pada hari yang sama dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.

Tambahnya, mahkamah memutuskan sebutan semula kes pada 19 Disember depan dan tiada ikat jamin ditawarkan. Tertuduh pula akan dihantar ke Hospital Bahagia untuk penilaian.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.