in

Wanita Ambil Tindakan Mahkamah Selepas Bayi Melecur Di Pusat Berpantang

Fi Bayi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu mana yang tak sayang anak?


Seorang ibu merasa kesal dengan sikap lepas tangan oleh pihak pengurusan sebuah pusat penjagaan atau pusat berpantang di Johor Bahru.

Hal ini kerana, bayinya berusia 26 hari melecur belakang badan akibat terkena air panas. Kesiannya kecil macam tu.

Menurut Sinar Harian, ibu bayi tersebut bernama Tan Xin Ping, berusia 25 tahun dari Taman Istimewa menyatakan bahawa pihak pengurusan pusat jagaan itu berjanji untuk memberi pampasan RM 45,000 selama 12 bulan.

Bayi 2

Perkara ini bagi mengelakkan kes tersebut dibawa ke mahkamah walaupun berpunca dari kecuaian seorang daripada pengasuh di pusat jagaan itu.

Walau bagaimanapun, dia berkata pusat jagaan tersebut  sehingga kini hanya membuat bayaran sebanyak RM14,733 selama tiga bulan setakat Januari lalu sejak kejadian itu berlaku pada 26 Oktober 2020. Dah lama sangat ni.

“Selama tiga bulan itu saya terpaksa menelefon pengurus pusat penjagaan itu meminta bayaran pampasan. Pusat jagaan itu seakan liat mahu bayar sedangkan ini adalah kecuaian mereka.

“Pada mulanya semasa kejadian, tiga pengasuh di pusat jagaan itu tidak mengaku menyebabkan anak lelaki saya melecur semasa memandikannya. Namun apabila saya buat laporan di Balai Polis Larkin pada hari yang sama, barulah seorang daripada pengasuh itu yang berusia 30-an mengaku,” katanya.

Menurutnya, bayi itu dibawa ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru sebelum ditahan dan mendapat rawatan selama empat hari di sana.

Bayi 1

Apa yang paling dikesali, pusat penjagaan tersebut tidak membawa bayi itu ke klinik atau hospital sejurus kejadian itu berlaku.

“Saya pergi ke pusat jagaan itu selepas membayar pakej berpantang di sana dan penjagaan bayi saya. Selepas kejadian ini saya terus meninggalkan pusat jagaan tersebut.

“Dalam perjanjian pusat jagaan itu setuju membayar RM45,000 iaitu sebagai pampasan, memulangkan semula bayaran pakej rawatan, kos rawatan di hospital sebelum ini termasuk kos rawatan susulan dan suntikan vaksin untuk bayi saya tetapi sejak Januari lalu tidak lagi membayarnya,” katanya.

Oleh sebab itu, dia dan suaminya nekad untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pusat berpantang itu. Baginya, mereka patut diberi pengajaran supaya perkara seperti ini tidak terjadi lagi.

Dalam perkembangan lain, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak polis akan menyiasat pusat berpantang berkenaan sama ada tempat itu mempunyai lesen untuk perkhidmatan tersebut menurut Ketua Biro Aduan Awam MCA, Lim Thow Siang .

Tambahnya lagi, perkara ini perlu diberi perhatian serius walaupun kejadian itu pertama kali berlaku disitu dan penetapan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu untuk pusat penjagaan seperti itu.

Min tak boleh betullah, kesian sangat weh dekat bayi tu! 

 

Baca : [Video] Bibik Celup Tangan Bayi 16 Bulan Majikan Dalam Periuk Menggelegak Sebab Nak Balik Cepat

Foot Bayi

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.