in

Wan Azizah Tak Kisah UMNO Masuk Pakatan, Asalkan…

Page Wan Azizah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemenangan pihak pembangkang dalam PRU14 buat julung kalinya telah menyebabkan ramai ahli UMNO mula beralih arah untuk masuk ke Parti Pakatan Harapan (PH).


Menurut WORLD OF BUZZ, pembaharuan yang dibuat oleh PH telah menarik ramai minat ahli UMNO untuk menjadi ahli PH dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak permohonan mereka asalkan mereka mempunyai matlamat yang sama.

Wa
sumber: malay mail

Ketika ditemui di satu acara di Lembah Pantai, Wan Azizah mengatakan apa yang penting ialah semua orang bersatu dalam merealisasikan agenda untuk membangunkan negara.

“Kami sentiasa gembira menerima sesiapa yang ingin menyertai kami. Kami nak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama bina semula negara yang kita sayangi.”

Selain itu, Wan Azizah juga turut memberitahu bahawa tak dinafikan akan ada perbezaan pendapat, namun kata putus perlulah dicapai dan yang penting ialah mempunyai kerajaan yang kukuh.

Sementara itu, sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah menolak ahli UMNO yang ingin menyertai PH kerana beliau tidak pasti sama ada parti tersebut sah atau tidak.

Tunh
sumber: fmt

Walau bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa ahli UMNO boleh menyertai gabungan itu selepas mereka menjadi ‘bebas’. Beliau juga berkata PH menerima 1,000 permohonan keahlian sehari selepas PRU14.

“Kita tentukan mereka boleh menyertai parti kita setelah mereka isytihar keluar dari UMNO, jadi bebas dan menyatakan pendirian mereka terhadap PH, barulah kita boleh pertimbang kemasukan mereka.”

“Selepas kita menang, orang mula minat menyertai parti PPBM, sekarang ini kita terima 1,000 permohonan minta jadi ahli dan kita alu-alukan hasrat mereka.”

Rakyat dan negara didahulukan. Bagus!

Baca: Tun M Lancar Tabung Derma Bantu Negara

Tunnnnn 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.