in

Waktu Bekerja Akan Dipendekkan Ke 45 Jam Seminggu Mulai 1 September Ini!

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim memberitahu Dewan Negara bahawa pindaan terhadap Akta Pekerjaan 1955 akan dibuat di mana waktu bekerja akan dikurangkan dari 48 jam seminggu ke 45 jam seminggu bermula 1 September ini.


Menurutnya, pindaan ini dibuat bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga serta memberikan fleksibiliti kepada jam bekerja selaras dengan Konvensyen Organisasi Buruh Antarabangsa, lapor The Star.

Sebagai tambahan, pindaan ini juga turut memperkenalkan seksyen terbaru terhadap pengurusan waktu kerja fleksibel dengan membenarkan pekerja untuk memohon kepada majikan untuk membuat pekerjaan mengikut kesesuaian jam bekerja, hari bekerja atau tempat bekerja termasuk kerja dari rumah bagi situasi kecemasan seperti pandemik Covid-19.

“Setakat hari ini, masih belum ada lagi cadangan untuk kita tetapkan waktu bekerja empat hari seminggu pada peringkat kementerian.”

Parliament.jpg

Sebelum ini, Awang mengumumkan bahawa pekerja yang mahu bekerja secara fleksibel boleh memohon untuk Aturan Kerja Fleksibel di mana korang boleh membuat permohonan ini secara bertulis di mana korang boleh jelaskan apa yang korang mahukan sama ada kerja fleksibel dari segi jam kerja, hari kerja atau pun tempat bekerja.

Bila korang dah buat permohonan ni, majikan perlu membalas dengan memberitahu sama ada dorang setuju atau menolak dalam masa 60 hari secara bertulis. Kalau majikan tolak permohonan korang, dorang perlu jelaskan sebab-sebabnya.

 

Baca: Pekerja Boleh ‘Apply’ Nak Kerja Secara Fleksibel Seperti WFH Bermula 1 September Ni!

Screenshot 2022 08 10 At 3.33.02 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.