in

Wajib Hadir Jika Dipanggil Jalani PLKN 3.0, Individu Perlu Ada Alasan Munasabah Jika Tidak Dapat Hadir

plkn 3.0

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat sesiapa yang dipanggil untuk menjalani latihan Khidmat Negara atau PLKN 3.0, mereka diwajibkan untuk hadir mengikuti latihan tersebut.

Menurut Harian Metro, sekiranya individu yang dipanggil untuk menjalani PLKN 3.0 itu tidak dapat berbuat demikian, mereka perlulah mempunyai alasan yang munasabah dan kukuh.


Namun, mereka perlu membuat permohonan penangguhan terlebih dahulu.

Selain itu, untuk individu yang sedang bekerja, majikan mereka perlu memberikan kebenaran untuk pelepasan agar individu tersebut boleh menghadiri latihan berkenaan.

6 1
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel Berkaitan: Program Percubaan PKLN 3.0 Bermula Hari Ini, Seramai 142 Pelatih Mula Latihan Selama 45 Hari

Artikel berkaitan: Kalau Dipilih Masuk PLKN, Noreen Sanggup Mengandung Setiap Tahun

Jika majikan mereka tidak membenarkan individu itu mengikuti latihan PLKN tersebut, majikan perlu memberikan sebab atau justifikasi mengapa mereka tidak boleh membenarkan pekerja mereka yang dipanggil itu menyertai latihan berkenaan.

Difahamkan, permohonan penangguhan ini untuk PLKN siri kedua dan seterusnya kerana PLKN 3.0 siri pertama ini dijalankan melibatkan pelatih sukarela.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.