in

“Wah boleh melancong!” – Thailand Buka Pintu Sempadan Kepada Pelancong Dari Semua Negara

Ft Thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Akhirnya setelah beberapa bulan tidak membebaskan diri dengan melancong, Thailand kini membuka pintu sempadannya kepada pelancong dari semua negara.



Tindakan drastik itu diambil oleh negara tersebut bagi meransang sektor pelancongannya yang terjejas akibat penyebaran pandemik Covid-19.

Capture 1 5 1

 

Visa khas pelancong lebih lama

Tidak hanya membenarkan kemasukan pelancong, menurut timbalan jurucakap kerajaan, Ratchada Thanadirek, negara itu akan memperkenalkan visa khas pelancong tinggal lebih lama (STV) kepada pelawat dari semua negara.

Cadangan itu telah diluluskan oleh jemaah menteri dua hari lalu.

Jika sebelum ini STV hanya dibenarkan kepada pelancong dari negara berisiko rendah Covid-19, namun pelan baru ini tidak menetapkan had pelancong dari negara tertentu lapor Berita Harian.

Oleh kerana sambutan pelancong daripada negara berisiko rendah agak kurang memberansangkan, Thailand mengambil tindakan untuk membuka sempadannya kepada semua negara.

“Jauh lebih rendah daripada jangkaan kami. Hanya 825 pelancong daripada 29 negara dan enam kapal layar dari negara asing berlabuh di negara ini,” 

Capture 10 2

Namun begitu, Thailand tetap meletakkan syarat untuk pelancong menjalani kuarantin wajib serta memiliki insuran kesihatan sekiranya berhasrat untuk memasuki negara itu.

Usaha ini adalah antara inisiatif yang dilakukan kerajaan bagi membendung masalah ekonomi yang melanda sektor pelancongan.

Sempadan bakal dibuka, jadi ada sesiapa yang bercadang nak pergi bercuti ke nak tunggu semua stabil dulu?

Baca : Tak Pedulikan Wabak Covid-19, Rakyat Thailand Buat Tunjuk Perasaan Desak Perdana Menteri Letak Jawatan

Capture 10 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.