Jumaat lepas, satu band dari United Kingdom telah menimbulkan kekecohan selepas vokalisnya berkelakuan biadap seperti menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT, membuat aksi tidak sopan dengan mencium pemain bass, Ross McDonalds, meludah beberapa kali, minum alkohol semasa di atas pentas serta turut merosakkan drone milik penganjur, Good Vibes Festival (GVF).
Ekoran dari ini, kerajaan telah mengambil keputusan untuk membatalkan GVF 2023 yang masih berbaki dua hari serta kumpulan ini turut diharamkan dari membuat persembahan di Malaysia di masa hadapan. Selain itu, The 1975 turut mengumumkan bahawa persembahan mereka yang dijadualkan berlangsung di Jakarta, Indonesia dan Taipei, Taiwan dibatalkan ekoran kontroversi tersebut.
Kalau korang nak tahu, vokalis kumpulan ini, Matty Healy memang dikenali dengan perangainya yang tak menentu dan problematic sejak dari awal kemunculannya. Malah, dia turut dikenali sebagai seorang yang rasis dan seksis serta tak pernah melakukan apa-apa untuk menutup perangai buruknya ini.
Dekat bawah ni, korang boleh baca beberapa perangai dan kontroversi yang pernah dilakukan oleh Matty Healy sepanjang kerjayanya sebagai seorang penyanyi.
1. Selamba buat komen rasis
Pada Februari yang lalu, Matty telah dijemput untuk menghadiri podcast The Adam Friedland Show di mana Matty, rakannya dan pengacaranya telah bergelak ketawa ketika membuat komen rasis sehingga Apple dan Spotify membuat keputusan untuk membuang episod tersebut dari platform mereka.
Ketika temubual tersebut, Matty dan pengacara podcast telah mengejek Ice Spice dan dialeknya selepas melihat video penyanyi tersebut bercakap tentang kerjaya dan pengaruhnya. Mereka telah membincangkan mengenai etnik Ice Spice serta mengejek dialek serta membuat komen menghina tubuh badan penyanyi ini. Matty telah memanggil Ice Spice sebagai “perempuan Cina gemuk”.
Ekoran tindakannya itu tular, Matty telah pun membuat permohonan maaf kepada Ice Spice namun menafikan bahawa dia telah melakukan kesalahan. Lelaki ini hanya meminta maaf kerana dia tak mahu penyanyi tersebut fikir dia seorang yang kejam.
Tak cukup dengan itu, satu klip dari podcast yang sama turut tular menunjukkan Matty didakwa gemar menonton video lucah dari laman web pornografi ganas terkenal di mana lelaki mat salleh menghina dan memalukan wanita bukan berkulit putih.
In February of this year, Matty appeared on a podcast where he, his friend & the host laughed as they made racist comments, this included calling @icespicee_ a “chubby Chinese lady”, and mocking API accents. The episode was so offensive + racist that Apple and Spotify removed it. pic.twitter.com/Lbok9nd3nO
— victor🦄 (@beyisover) May 6, 2023
2. Beri tabik hormat Nazi semasa konsert
Ketika membuat satu persembahan, Matty dilaporkan telah memberikan tabik hormat Nazi di atas pentas sambil berkawad ketika menyanyikan lirik “Thank you, Kanye, very cool” untuk lagu ‘Love It If We Made It’.
Kelakuannya ini tulah dikecam oleh orang ramai dan menganggap perbuatan Matty sebagai tidak bertanggungjawab dan sangat lame.
Kalau korang nak tahu, Kanye sebelum ini telah dilanda kontroversi kerana membuat kenyataan anti-semitik.
Dalam bulan yang sama, Matty turut membuat posting tangkap layar Wikipedia “Senarai Orang Yahudi” di IG Story peribadinya tanpa konteks membuatkan ramai orang tak senang duduk kerana Nazi dikenali dengan menyimpan rekod orang Yahudi semasa Holocaust.
Many Jewish people have called him out and explained why that made them feel unsafe. His fans defend him by saying it was satire… but you don’t just get to do the nazi salute, a HATE symbol, “satirically” without any explanation or warning. pic.twitter.com/Kgmg6RuV5p
— victor🦄 (@beyisover) May 6, 2023
3. Islamofobia
Matty yang merupakan seorang aties telah meluahkan kebenciannya terhadap orang beragama. Lelaki ini telah menggunakan atiesme untuk menyebarkan maklumat yang salah tentang Islam.
Pada tahun 2014, Matty telah membuat ciapan mendakwa bahawa ISIS dan Islam adalah benda yang sama. Dia turut mengabaikan seorang pengguna Twitter ketika wanita tersebut cuba menjelaskan bahawa kenyataannya itu tak benar dan bahaya.
Menerusi tangkap layar perbualan tersebut, dapat dilihat pengguna Twitter cuba untuk menjelaskan kepada Matty bahawa perbuatan ISIS bukan seperti yang diajar di dalam Islam dan meminta agar lelaki itu belajar tentang Islam dan tidak menyebarkan maklumat yang salah.
Matty kemudiannya telah mengejek pengguna Twitter tersebut dan turut respon dengan gambar “People have rights, Ideas don’t have rights“, sebelum mengumumkan yang dia akan memadam akaunnya.
Pada tahun 2017, Matty telah dituduh mengulang kicau post dari kumpulan pembenci Islam sebelum memadamnya semula selepas dikecam. Tak cukup dengan itu, vokalis ini juga pernah memuat naik lawak Islamofobia di IG Storynya.
4. Bercinta dengan perempuan bawah umur
Hubungan cinta Matty sering dikecam ekoran dia sering memilih perempuan yang jauh lebih muda darinya. Walaupun perbuatannya ini tidak salah di sisi undang-undang, ramai yang mempersoalkan etikanya.
Ketika Matty berusia 27 tahun, dia dilaporkan telah menjalinkan hubungan dengan Gabriella Brooks yang baru sahaja mencapai usia 19 tahun. Ketika dia berusia 24 tahun pula, Matty telah menjalinkan hubungan dengan Gemma Janes yang ketika itu baru sahaja berusia 17 tahun.
Tak cukup dengan itu, Matty juga pernah mencium dan menghisap jari peminatnya ketika membuat persembahan serta didakwa mencium seorang peminat perempuan yang baru berusia 15 tahun.
@softscorpio
5. Sokong podcast bermasalah
Matty pernah dilihat memakai topi menunjukkan seperti dia menyokong podcast Red Scare yang dikenali dengan pendirian anti feminis mereka. Podcast ini juga telah membuli dan mengecilkan wanita yang pernah menjadi mangsa penderaan.
Matty Healy was spotted wearing the red care merch, an anti-feminist podcast hosted by two neo-n*zis. but his fans will tell you that his n*zi salute on stage means something else … pic.twitter.com/pqWCyKr0AY
— Louis Tomlinson owns my heart 💟 (@mari__ax) May 29, 2023
Untuk korang yang tak tahu, awal Mei lalu Matty Healy dilaporkan telah menjalinkan hubungan cinta dengan Taylor Swift. Berita percintaan mereka ini telah menimbulkan rasa kurang senang peminat Taylor yang jelas kurang senang dengan perangai bermasalah Matty sehinggakan mereka membuat tanda pagar #SpeakUpNow bagi meminta lelaki tersebut membuat permohonan maaf dengan segala kenyataan berunsur, rasis, seksis dan Islamofobia yang dibuatnya sebelum ini.
Namun begitu, selepas beberapa minggu Taylor Swift dan Matty Healy dilaporkan berpisah dan penyanyi wanita itu dikatakan turut tidak bercakap lagi dengan vokalis The 1975 itu.
Sumber: StyleCaster
Baca: The 1975 Digam, Hina Kerajaan Malaysia & Buat Aksi Tak Senonoh Atas Pentas Ketika Konsert Di Sepang