in

Vivy Yusof & Suami Dapat Pasport Sementara Sampai 13 November, Hadiri Program Islamik Di Luar Negara

ft vivy yusof

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini telah membenarkan permohonan usahawan, Datin Vivy Yusuf dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar untuk mendapatkan passport antarabangsa buat sementara waktu agar membolehkan mereka untuk hadir ke program Islamik yang dijalankan di Istanbul dan Bosnia.

Hakim, Rosli Ahmad telah membuat keputusan itu selepas permohonan peguam buat pasangan ini iaitu Shaarvin dibenarkan olehnya agar Vivy dan suami mendapatkan pasport mereka bermula hari ini sehingga 12 November depan.


Artikel berkaitan : Vivy Yusof Rindu Uruskan Jenama dUCk, Dedah Kini Syarikat ‘Dijaga’ Oleh Orang Lain?

Artikel berkaitan : Perbicaraan Tuduhan Kes Pecah Amanah Vivy Yusof & Suami Bermula 13 April 2026

 

Pulangkan semula ke mahkamah pada 13 November ini

Screenshot 2025 10 07 132004

“Mahkamah membenarkan permohonan itu dan pasport diserahkan kepada kedua-dua pemohon hari ini, serta dikembalikan kepada mahkamah 13 November ini.”

Sebelum ini, Shaarvin telah mengatakan bahawa kedua-dua anak guamnya itu bakal menghadiri satu program Islamic Historical Retreat to Istanbul-Bosnia with Sheikh Wael dari 4 hingga 11 November ini.

“Saya mohon pasport diserahkan hari ini untuk permohonan visa dan ia akan diserahkan semula kepada mahkamah pada 13 November.”

Timbalan Pendakwa Raya iaitu Haresh Prakash Somiah pula berkata, pihaknya telah dimaklumkan perkara terbabit dan tidak membantah permohonan yang dibuat oleh pasangan itu.

Pada Disember 2024 lepas, mahkamah pernah membenarkan permohonan Vivy dan suaminya untuk mendapatkan pasport bagi menunaikan umrah pada Disember 2024.

Untuk rekod, Vivy Yusof atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 38, dan Fadzarudin, 37, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pecah amanah dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta pada 5 Disember tahun lalu.

Screenshot 2025 10 07 131937

Mereka telah didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah FashionValet Sdn Bhd melakukan pecah amanah atas dana pelaburan Khazanah dan PNB yang diamanahkan kepada mereka dengan membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik syarikat FashionValet Sdn Bhd kepada syarikat 30 Maple Sdn Bhd tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat FashionValet.

Menurut sumber, kesalahan tersebut telah dilakukan di Public Bank Cawangan Bukit Damansara, 36-40 Medan Setia 2, Plaza Damansara Bukit Damansara di sini pada 21 Ogos 2018.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 34 kanun sama, di mana ia memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan maksimum 20 tahun serta dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sumber : Berita Harian 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.