in

Virus Covid-19 Ditemukan Pada Bungkusan Durian Yang Diimport Dari Thailand Di China

Cover 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah pasar di kota Ganzhou, China dilaporkan menemui virus Covid-19 pada permukaan bungkusan durian yang diimport dari Thailand. Perkara ini disahkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pertanian di bawah Kedutaan Thailand di Beijing.


Pejabat itu menjelaskan bahawa pemeriksaan dan penemuan itu berlaku di sebuah pasar di Haudongcheng pada 13 Ogos lalu. Menurut sumber, semua orang yang menyentuh bungkusan tersebut sudah dikuarantin dan mereka diuji negatif.

Nz Durian 310775

Dilaporkan, semua bungkusan durian yang terkena virus Covid-19 telah disimpan di tempat yang selamat. Manakala, beberapa bungkusan durian di pasar tersebut sudahpun disembur dengan cecair pembersih.

Pejabat itu mendedahkan bahawa pihaknya telah berbincang tentang isu ini dengan Pentadbiran Kastam Umum China dan mengesahkan China tidak akan berhenti mengimport produk dari pembekal Thailand.

Hasil pemeriksaan mendapati virus tersebut dijumpai di kawasan setempat dan bukan di pusat pemeriksaan. Ini bermaksud ada kemungkinan besar virus Covid-19 dipindahkan dari pihak yang mengendalikan bungkusan ini di pasar.

Bagaimanapun, penemuan virus ini dijangka akan mempengaruhi permintaan durian di China memandangkan laporan tersebut telah dikongsi menerusi media sosial.

 

Kredit: Nation Thailand

BACANetizen Terbahak Tengok Lelaki Ini ‘Jual’ Durian Kampung RM500 Sebiji, Rupa-rupanya…

A

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.