in

Netizen Terbahak Tengok Lelaki Ini ‘Jual’ Durian Kampung RM500 Sebiji, Rupa-rupanya…

3Durian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Musim durian ni memang masa terbaik untuk peniaga raja buah itu menuai untung hasil penanam pokok yang makan masa hampir setahun untuk berbuah tu. Ada juga peminat yang sanggup berhabis hingga ratusan ringgit semata-mata untuk merasai nikmat setahun sekali tu.

Ada satu video yang viral di media sosial selepas seorang lelaki berhasrat untuk menjual durian kampung hasil dari tanahnya dengan RM500 sebiji. Nak tahu kenapa harga buah tu mahal sangat? Korang tengok lah video yang dikongsi di group Facebook Berkebun D Rumah kat bawah ni


https://www.facebook.com/100005292670399/videos/4469433706422513/

 

Patutlah mahal sangat

Sebenarnya bukan saja-saja nak letak harga RM500 untuk sebiji durian tu. Kalau durian yang premium kita faham lah ratus-ratus, tapi ni durian kampung kan. Rupanya durian bertuah tu jatuh atas kereta sampai pecah cermin. Nak buat modal repair lah tu sampai RM500 nak jual.

Screenshot 2021 07 18 At 2.22.04 PmItulah, nasib baik cermin kereta yang bocor. Kalau kena kepala alamatnya ke hospital lah. Dah lah tajam, berat pulak tu. Jatuh dari pokok tinggi, impak dia memang dahsyat lah kan.

Screenshot 2021 07 18 At 2.23.29 PmGeram sangat tu sampai tebang pokok. Entah berapa tahun lagi pokok tu nak balas dendam jatuh atas kereta lain pulak. Aduh idea lawak-lawak macam ni buat min terhibur lah.

Screenshot 2021 07 18 At 2.22.34 PmIni lagi dahsyat, sampai kena bahu. Tak boleh bayang macam mana rasa sakit tu. Setakat ni minta k pernah kena hempap dengan durian lagi. Kalau boleh tak nak ada pengalaman macam tu dalam hidup.

Min rasa brader dalam video tu dia tak jual pun buah tu. Tak masuk akal lah harga macam tu. Mungkin tujuan dia nak berjenaka sempena musim durian ni je.

 

Baca: [Video] – Netizen Teruja Tengok Cara Lelaki Ini Kopek Durian Hanya Gunakan Chopstick

Screenshot 2021 07 18 At 2.25.17 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.