in

Viral Video Pengawas Ambil Result SPM Naik BMW, Rupanya…

Ft Ambil Result Spm Naik Bmw

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya bahang mengenai keputusan SPM masih lagi dirasai apabila ada satu video viral yang memperlihatkan seorang pengawas pergi ambil keputusan peperiksaan itu dengan memandu BMW ke sekolah.



Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen dengan membandingkan zaman mereka hanya menaiki basikal dan ada juga yang memberikan sindiran kepadanya yang merupakan seorang anak hartawan.

 

Hanya content

mStar Online telah menemuramah gadis yang dikenali sebagai Nurul Iswanie Mohd Khairinizam itu. Rupanya, ramai yang dah terpedaya dengan video yang dihasilkan oleh gadis berumur 24 tahun ini.

Katanya, video tersebut hanyalah sekadar kandungan dan tujuannya memakai pakaian itu adalah tema untuk sebuah acara anjuran syarikatnya.

“Video saya beritahu nak pergi ambil keputusan SPM tu sebenarnya hanya sebuah content, Content tersebut dibuat pada 25 Jun baru-baru ini bertempat di Connezion, Putrajaya.”

“Ia merupakan majlis bagi menghargai keputusan pencapaian cemerlang untuk team dalam bisnes saya. Saya bagi award untuk mereka yang berjaya capai pendapatan lima angka ke atas dan sememangnya kebanyakan daripada mereka adalah pelajar.”

“Idea nak buat Fight Back To School tu adalah bagi inspirasi kepada semua yang bergelar student untuk percaya bahawa tiada yang mustahil dan tidak boleh dicapai. Saya sendiri dulu ada pengalaman amb il result UPSR jalan kaki sebab kampung dilanda banjir.”

Screenshot 2022 06 28 185606

“Jadi bila ada peluang untuk meraikan sedikit kejayaan, saya buat satu majlis sebagai tanda mengimbau kenangan semula aman susah sewaktu di bangku sekolah ketika belajar dulu.”

Gadis kelahiran Jitra, Kedah ini turut mengimbau kisah bagamana dia ambil keputusan SPM pada 2015.

Ujarnya, walaupun ia hanyalah sebuah kandungan, tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej bahawa kita tidak akan berada di bawah untuk selama-lamanya.

Tambahnya pada waktu itu dia belum ada kenderaan sendiri dan dia terpaksa tumpang rakan sekolah, ibu bapanya tidak dapat menemaninya atas faktor kerja.

“Saya nekad pergi sendiri juga semata-mata nak ambil result on time. Lagipun saya dah tak sabar-sabar nak tahu keputusan. Alhamdulillah saya peroleh 7A1B.”

Baca : KPM Sahkan Tidak Pernah Keluarkan Sebarang ‘Ranking’ Sekolah Berdasarkan SPM

Untitled Design 2022 06 23T121931.375

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.