in

Viral Video Jadi Reporter, Ramai Netizen ‘Geram’ Tengok Cara Adik Ni Buat Liputan Awani

Ft Wartawan Cilik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam, telatah daripada seorang kanak-kanak cilik dari Kedah jadi wartawan telah mengundang perhatian ramai.


Susulan dengan laporan kes ular sawa itu, pihak Astro Awani telah ke Pasar Bukit Selambau untuk bertemu dengan adik Muhammad Hafiq Mohd Asyraf.

 

“Setelah interview ikan, kita akan interview sayur”

Ketika ditemubual, adik Hafiq menceritakan waktu dia bertemu dengan ular sawa tersebut, katanya,  dia mendapati ada longkang tersumbat, pada mulanya dia sangka ada sampah banyak rupanya terdapat ular sawa batik yang besar di dalam longkang tersebut.

Screenshot 2022 01 25 151013

“Kami terus menghubungi APM untuk mendapatkan bantuan, mereka sampai pada pukul 7.30 malam dan dia menangkap ular itu menggunakan alat khas mereka dan ular itu panjangnya 4 meter dan seberat 30 kg dan APM telah lepaskan ular itu di tempat yang selamat.”

Tambah remaja berumur 12 tahun ini lagi, dia mendapat khabar berita itu daripada ayahnya menerusi mesej ketika dia sedang melakukan tugasan sekolah di rumah.

@putra_mar3

wartawan sampai semput..This is kedah #SELAMBAUHILL#fypシ゚viral #fypdongggggggg #fypage #penternakkambing #kedahdarulaman

♬ original sound – Hill farm – Hill farm

Dia terus bergegas untuk melihatnya dan terus menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

Selepas ditemu ramah, pelajar daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Selambau ini diberi peluang menjadi wartawan Astro Awani.

Wehh, comell!!! 

Video itu telah mendapat perhatian netizen di Twitter dan telah meraih lebih daripada 8,000 jumlah retweets dalam masa 2 jam! Ramai netizen terhibur melihatnya selain memuji tahap keyakinannya yang tinggi dan kemahirannya berkomunikasi seawal umur 12 tahun.

 

Astro Awani, hire him! – Netizen

Screenshot 2022 01 25 151429 Screenshot 2022 01 25 151449 Screenshot 2022 01 25 151503 Screenshot 2022 01 25 151514 Screenshot 2022 01 25 151524 Screenshot 2022 01 25 151537 Screenshot 2022 01 25 151552 Screenshot 2022 01 25 151603

Hebat kau dik, min masa study masscomm dulu pun tak selancar ni, min doakan adik Hafiq dapat jadi wartawan suatu hari ini, Amiin!

 

Baca : “Aduh letih”- [VIDEO] Ramai Terhibur Tengok Budak Petah Buat ‘Liputan’ Jumpa Ular Sawa Dalam Longkang

Fi Ular

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.