in

“Aduh letih”- [VIDEO] Ramai Terhibur Tengok Budak Petah Buat ‘Liputan’ Jumpa Ular Sawa Dalam Longkang

Fi Ular

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah video berdurasi 2 minit 47 saat telah tular semalam berkenaan aksi bersahaja seorang budak lelaki yang membuat ‘liputan’ secara langsung tentang penemuan seekor ular sawa di dalam longkang telah mengundang perhatian ramai.


“Berita terkini! Berita terkini!”

Menerusi live di laman Facebooknya, budak lelaki berumur 11 tahun yang dikenali sebagai Muhammad Haziq Mohd Asyraf ini telah mencuit hati orang ramai dengan aksinya membuat ‘liputan’ macam wartawan sebenar.

Gara-gara keletahnya yang petah itu, video livenya telah banyak dikongsikan sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 3.8 juta!

@putra_mar3

wartawan sampai semput..This is kedah #SELAMBAUHILL#fypシ゚viral #fypdongggggggg #fypage #penternakkambing #kedahdarulaman

♬ original sound – Hill farm – Hill farm

Kejadian yang berlaku di sebuah pasar awam Bukit Selambau, daerah Sungai Petani, Kedah ini diceritakan secara terperinci oleh adik Haziq menerusi video tersebut. Lebih membuat ramai terpegun, gaya percakapannya yang sangat petah betul-betul macam seorang wartawan profesional!

Di ruangan komen salah satu daripada videonya yang telah dikongsikan, terlihat ramai yang terhibur dengan keletah adik Haziq ini. Namun, ramai juga yang memuji dan mengatakan dia ada gaya sebagai seorang wartawan!

Komen Ular

Kata Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad, pihak mereka telah menerima panggilan berkenaan penemuan ular sawa itu pada jam 6.27 petang.

Empat anggota Skuad Bravo APM diketuai Koperal (PA) Siti Salmah Zakaria bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 7.36 malam. Ular sawa sepanjang empat meter dengan berat 30 kilogram itu berjaya ditangkap setelah tidak berdaya lagi untuk bergerak akibat kekenyangan.

Whatsapp Image 2022 01 24 At 5.18.28 Pm

Menurut Mazlina Ahmad, ibu Haziq yang dipercayai berniaga sayur di pasar awam tersebut berkata dia telah membuat aduan kepada APM selepas menyedari haiwan itu bersembunyi di dalam longkang. Justeru, sementara menunggu anggota APM tiba, anaknya telah membuat ‘liputan’ itu melalui live di akaun Facebooknya.

Budak ni memang dahsyat betul! Nanti dah besar jadi wartawan tau…

Baca: Budak bandar vs budak kampung- [VIDEO] Ramai Terhibur Tengok Gelagat Dua Sepupu Ni

Baca Ular

Sumber: TikTok
Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.