Selalunya, haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing adalah yang kebiasaannya akan dibawa tuan mereka berjalan. Kalau di Jepun pulak, ada seorang lelaki tua selalu bawak kura-kura gergasi peliharaannya berjalan. Rare habis!
Di Philadeplhia, Amerika Syarikat pula, penduduk setempat dikejutkan dengan kehadiran haiwan peliharaan unik iaitu seekor alligator di sebuah taman awam yang dikenali sebagai Love Park.

Lebih mengejutkan, alligator terbabit memakai harness yang selalunya dipakaikan pada haiwan peliharaan seperti anjing untuk dibawa bersiar-siar. Seorang kanak-kanak perempuan pula dilihat memegang hujung harness itu dan membawanya melalui pancuran air.
@wallythealligator Wally loved spending the day in Love Park, Philadelphia !!#WallyGatorESA
Rupanya alligator tu TikTok femes!

Business Insider melaporkan, alligator itu dikenali dengan nama Wally dan ia merupakan bintang di TikTok. Selain itu, Wally juga mungkin merupakan satu-satunya alligator yang didaftarkan sebagai haiwan emotional support.
Untuk pengetahuan, haiwan emotional support ini adalah haiwan yang menjadi peneman buat mereka yang mempunyai masalah kesihatan baik fizikal atau mental.

Menurut tuan Wally si alligator, Joie Henney, dia mempunyai 30 tahun pengalaman mengendalikan alligator. Wally pula sudah dijaganya selama enam tahun selepas diberikan oleh seorang rakan di Florida yang mengalami masalah pembiakan buaya tidak terkawal di kawasan itu.
Jelas Henney, walaupun sedar Wally merupakan seekor haiwan liar, dia mengatakan
Sumber: Business Insider

