in

Viral Kisah Wanita Indonesia Berkahwin Dengan Lee Minho, Rupa-rupanya…

ft Lee Minho kahwin wanita jawa tengah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, berita mengenai perkahwinan Lee Minho dengan seorang wanita dari Jawa Tengah telah mendapat tumpuan warganet.

Ini kerana nama pengantin itu menyerupai aktor yang membintangi drama bersiri Boys Over The Flowers itu. Namun begitu, Lee Minho yang kini dah jadi suami kepada wanita yang bernama Puput ini bukanlah aktor tersebut, hanya nama sahaja yang sama.


 

Mas kahwin bukan calang-calang

Pun begitu, Lee Minho yang viral ini juga merupakan seorang jejaka dari Korea Selatan yang bekerja di sebuah agensi artis di negara tersebut.

Khabar berita ini tersebar apabila ianya viral di Instagram. Dalam video yang tengah viral itu, dilihat Lee Minho sedang membuat lafaz akad nikah, ia juga menjadi tumpuan kerana mas kahwin yang diberikan kepada Puput itu bukanlah calang-calang.

Lee Minho kahwin wanita jawa tengah 2

Ia berupa sebuah kereta, 15 berlian dan satu rumah apartment dan ramai netizen menyifatkan bahawa Lee Minho viral ini seorang yang kaya raya.

Menurut Suara.com, perkahwinan mereka telah mendapat restu ibu Puput, Sri Nurmaningsih. Jelasnya, pada mulanya dia tak tahu bahawa anak gadisnya itu mahu berkahwin dengan lelaki yang berasal dari Korea Selatan.

https://www.instagram.com/p/Ce-yLaZlsDH/

Sri juga mengatakan bahawa Puput membuat keputusan untuk menikahi ‘oppa’ pada raya Aidilfitri lepas. Sri yang juga mengatakan bahawa dirinya menggemari K-Drama menyatakan bahawa dia ada memberikan syarat kepada Lee Minho sebelum nikahi puterinya dimana perlu seagama dengannya dan Lee Minho turuti permintaan itu.

Lee Minho kahwin wanita jawa tengah

Tambah Sri, anaknya dan lelaki itu mula berkenalan melalui media sosial Korea dan Puput boleh bertutur bahasa Korea sikit-sikit kerana bekerja di sebuah kedai makan milik warga Korea. Hubungan jarak jauh mereka terjalin selama 8 bulan sebelum mereka berdua disatukan.

Lee Minho kahwin wanita jawa tengah 3

Sri menyatakan bahawa majlis pernikahan itu merupakan pertama kalinya Lee Minho menjejakkan kaki ke Indonesia. Lee Minho dan Puput telah selamat diijabkabulkan pada 19 Jun 2022 lalu.

Oleh itu, Puput dan Lee Minho akan menetap di Korea Selatan dan Sri menyatakan bahawa pasangan itu kini sedang berbulan madu sehingga 26 Jun.

Baca : Obses Dengan Lee Minho, Pengacara TV Mahu Bersuamikan Orang Korea & Tolak Bercinta Dengan Lelaki Melayu

oppa korea

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.