in

Viral Kawan ‘Hijacked’ Majlis Birthday Sendiri, Photographer Nak Belanja Photoshoot Free

Ft Hijackes Majlis Hari Jadi Kawan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lepas satu video tular mengenai sikap individu yang dipanggil sahabat cuba mengambil kesempatan.


Video tersebut mendapat perhatian ramai TikTokers yang menyuarakan pendapat mereka dan majoriti tidak bersetuju dengan tindakan ‘sahabat’ mereka dan bersimpati dengan nasib wanita ini.

 

Tak keluar sebarang modal, hijacked majlis hari jadi kawan, ‘tumpang majlis’ buat surprise untuk kawan lain

Dalam video yang telah dipadamkan itu, dilihat sorang wanita ini ada buat satu sambutan hari jadi buatnya secara piknik yang dianjurkan oleh teman lelakinya, segala perbelanjaan untuk tempat segala persiapan itu guna wang teman lelakinya sendiri khusus untuk wanita ini.

Atas dasar persahabatan, dia mengajak rakan-rakannya untuk hadir dan raikan majlis kecil sambutan hari jadinya itu. Bagaimanapun rakannya cuba ambil kesempatan dengan membuat kejutan untuk raikan hari jadi rakannya yang lain dan suasana berubah seolah-olah ia menjadi majlis hari jadi rakannya itu.

Wanita ini dan teman lelakinya tergamam dan terkilan atas  sikap rakan-rakannya itu. Video ini telah mendapat perhatian ramai TikTokers dan rata-rata geram dengan sikap rakan-rakannya, ada yang stitch memberikan pendapat mereka.

@rozyanaroslan2

#stitch with @baby Sekian dari rozyana nenas ?

♬ original sound – Rozyana Roslan – Rozyana Roslan

Kejadian boleh dilihat pada awal video diatas. Jika diperhatikan ada wanita yang memakai tudung warna coklat dan sepatutnya itu adalah majlis sambutan hari jadinya tetapi di hijacked oleh perakam dan rakannya yang lain.

 

Nak belanja satu photoshoot, ini respon tuan badan

Bersimpati dengan nasib wanita tersebut, seorang photographer berhajat untuk bantu wanita ini menikmati semula saat bahagia hari jadinya itu, dia mahu belanja satu sesi bergambar dan raikan semula majlis harijadi tersebut.

@amyrazman_

#stitch with @baby kasi owner notis geng ??? #xyzbca #penatlahnakfyp #soundviral

♬ original sound – Bangmy_ – Bangmy_

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut telah sampai ke pengetahuan tuan empunya badan, hargai dengan tawaran pemuda ini, wanita ini menyatakan bahawa dia akan hubungi lelaki tersebut dan tetap memberikan bayaran penuh.

“Terima kasih bang, nanti ceremony saya panggil abang ya. saya bayar full. kesian abang penat lepastu free pulak kena buat kerja. thank u bangg!”

Screenshot 2022 08 16 121551

Difahamkan kejadian ini berlaku pada 2 bulan lepas dan baru dikongsikan beberapa hari lepas sebelum ia dipadamkan selepas mendapat perhatian netizen.

Apapun, harap ia dijadikan pengajaran kepada anda untuk tidak sewenang-wenangnya ambil kesempatan dengan kawan kita, ada perkara yang mungkin kita rasa ok tapi sebenarnya tak dan seperti yang dikatakan oleh @rozyanaroslan2 tadi, common sense pun kena ada melainkan kalau tuan empunya badan sendiri yang nak buat surprise.

Baca : “Baby tidur pun boleh terjaga” – [VIDEO] Pelanggan Bengang Individu Gelak Sakan Sampai Bising Satu Restoran

Ft Pelanggan Memekak

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.