Bila bercakap mengenai kuda mesti ramai yang membayangkan hanya golongan elit sahaja berpeluang mendekati haiwan ini, tapi kini rasanya dah boleh amalkan budaya baru dalam masyarakat agaknya.
Semalam tular gambar anggota polis berkuda Serdang melakukan rondaan di kawasan perumahan dengan menunggang empat ekor kuda. Wahh, dah macam zaman dulu-dulu pula!
Penugasan Rondaan Cegah Jenayah / Community Policing di bawah pentadbiran Balai Polis Bandar Kinrara bersama anggota bertugas dengan kekuatan 4 ekor kuda dari Unit Berkuda PDRM.
Gambar itu yang dikongsikan oleh Polis Daerah Serdang menerusi Facebook mereka dikatakan mendapat banyak reaksi positif dari orang ramai.
Masyarakat sekitar memberi maklum balas yang baik dengan kehadiran rondaan pihak polis ke kawasan perumahan dan membuat mereka berasa selamat serta berpuas hati dengan kehadiran pihak polis yang turut turun membuat rondaan cegah jenayah bersama unit berkuda.
Masyarakat berharap program baik seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan dapat menaikkan lagi imej PDRM selari slogan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”. – Polis Daerah Serdang
Menerusi gambar yang dikongsi di Facebook itu, anggota polis berkuda dilihat melakukan rondaan di sekitar kawasan perumahan itu.
Selain itu, mereka juga sempat dilihat beramah mesra dengan penduduk setempat.
Kelibat rondaan anggota polis berkuda ini ternyata mengimbau kenangan lama dengan kehadiran unit itu yang telah ditubuhkan pada tahun 1882 lagi.
Seronoknya! Macam ni mesti rasa lagi dengan polis!