Baru-baru ini, tular satu dakwaan mengatakan bas Sani Express yang membuat perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Jerteh pada 20 November lalu enggan berhenti solat subuh serta tinggalkan penumpang di stesen Setiu ketika berhenti untuk ke tandas.
Letih arini naik Sani Express trip MKB58. Dah la driver tak berhenti solat subuh. Bila tanya nak berhenti kat mana, dia wat senyap. Buat muka keras, buat tak tahu. Bila berhenti buang air di stesen Setiu, dia tinggal pulak penumpang. Padahal dia tengok kita masuk tandas. Tak cek bilangan penumpang sebelum gerak.”
https://www.facebook.com/muhd.safwan.980/posts/4749439961786929
Sani Express mohon maaf
Ekoran tular dakwaan dari Muhammad Safwan ini, semalam syarikat Sani Express menerusi Facebook rasmi mereka telah membuat kenyataan mengenai perkara ini.
Menurut Sani Express, pemandu tersebut telah pun diturunkan dan tak diberikan tugas sebagai pemandu bas buat masa ini.
Berkenaan isu yang tular baru-baru ini , kami telah menerima banyak pertanyaan(komen/pm/inbox) dari orang ramai status tindakan selanjut nya oleh Pihak Syarikat berkenaan isu ini.
Untuk makluman semua, pemandu tersebut telah diturun kan dan tidak lagi diberi tugas sebagai pemandu bas buat masa ini, siasatan dalaman syarikat juga akan diadakan dalam masa terdekat.
Selain itu, Sani Express juga akan turun memberikan tindakan disiplin ke atas pemandu tersebut dan menegaskan syarikatnya memandang serius akan insiden ini.
Tindakan Disiplin/Amaran/kaunseling/ Latihan Semula atau tindakan lanjut adalah Prosedur Syarikat yang akan dilakukan kelak terhadap pemandu tersebut.
Pihak Syarikat memandang serius berkenaan insiden tersebut dan berasa kesal terhadap apa yang berlaku, berhenti Rehat dan Solat adalah Prosedur Wajib bagi semua pemandu Sani Express semasa dalam perjalanan, Solat 5 waktu adalah perkara WAJIB yang harus di laksanakan kita sebagai Umat Islam.
Kami / Pihak Syarikat ingin memohon Maaf di atas insiden yang berlaku dan berjanji dan berusaha agar perkara tersebut tidak berulang lagi.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Sani Express ini telah mendapat sambutan yang baik oleh netizen dan ada yang berharap agar bas ekspress lain mencontohi tindakan yang diambil oleh syarikat ini.
Harapnya lepas ni tak adalah perkara yang sama berulang lagi…