• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Berita Sosial

“Tak fikir nyawa penumpang ke?” – Riba Wanita Ketika Bawa Bas, JPJ Siasat Pemandu Bas Ekspres

by Syaziyah Sharif April 13, 2026, 12:18 pm

ShareTweet
Syaz Ft 2026 04 13T121101.434

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini sedang giat menjalankan siasatan susulan tularnya sebuah video yang mencetuskan kemarahan netizen, memaparkan tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu bas ekspres yang didakwa memandu sambil meriba seorang wanita.

Menerusi rakaman yang dipercayai diambil oleh salah seorang penumpang, wanita tersebut dilihat duduk di atas riba pemandu sambil tangannya turut memegang stereng ketika bas sedang dipandu laju di lebuh raya. Bukan itu sahaja, satu lagi rakaman dashcam daripada kenderaan lain menunjukkan bas berkenaan memandu secara meluru dan menyelit di celah-celah kenderaan, sekali gus membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.


Artikel berkaitan: 30 Penumpang Berdepan Detik Cemas, Bas Ekspres Bertembung Lori Dari Arah Bertentangan 

Artikel berkaitan: JPJ Wajibkan Penumpang Bas Ekspres & Persiaran Untuk pakai Tali Pinggang Keledar Berkuatkuasa Selasa Ini

Kejadian itu dipercayai berlaku melibatkan perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Kulai. Menurut Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan, pihaknya tidak berlengah dan terus mengambil tindakan sebaik sahaja rakaman tersebut tular.

“Siasatan segera dijalankan susulan video tular itu. Pemandu dan syarikat bas yang terbabit sudah pun dikenal pasti. Pemandu berkenaan juga sudah dipanggil untuk diambil keterangan pagi ini,” jelas beliau.

Datuk Muhammad Kifli menambah, sebaik sahaja kertas siasatan dilengkapkan, kes tersebut akan dirujuk terus kepada Ketua Pengarah JPJ untuk menentukan tindakan dan arahan selanjutnya. Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan mengenai insiden ini supaya tampil menyalurkannya di mana-mana pejabat JPJ berhampiran.

Dalam masa yang sama, beliau memberikan peringatan keras kepada semua pemandu, khususnya bagi sektor kenderaan komersial, agar tidak memandang remeh undang-undang jalan raya.

Sumber: Harian Metro, Facebook

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Baim Wong Sokong Syed Saddiq

    “Saya yang b*doh politik bisa paham” – Isu Jerebu Makin Panas, Baim Wong Sokong Kenyataan Syed Saddiq

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 46

    Ingatkan Bayi Meragam Biasa-Biasa, Rupanya Boleh Jadi Tanda Awal Gangguan Pernafasan Akibat Jerebu

  • Ft Bass

    Bella Astillah Geli Hati Tengok Hadiah Peminat Bagi Pijama Gambar Syed Saddiq

  • Jep Saman Shuib

    “Ini bukan pasal sindir, ini pasal FITNAH” – Jep Balas Video Permohonan Maaf Shuib, Sudah Ambil Tindakan Saman

  • Ft Pemandu Byd

    Kes Kemat*an Asiah : Bapa Pemandu BYD Seal Bayar Ikat Jamin RM 36,000

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Collage 2

    Spritzer Memperkenalkan ION: Air Isotonik Baharu Dengan Semangat ON-JE!

  • Collage 1

    “Ada lebih 90 tarikan” – Ini 15 Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Cuba Di Sunway Lagoon

  • Lm Featured Image 900 X 550 Px 2160 X 1080 Px 43

    Dari Imigresen Hingga Elaun RELA: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Menerusi Peruntukan RM22 Bilion KDN

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Baim Wong Sokong Syed Saddiq

    “Saya yang b*doh politik bisa paham” – Isu Jerebu Makin Panas, Baim Wong Sokong Kenyataan Syed Saddiq

  • Ft Bass

    Bella Astillah Geli Hati Tengok Hadiah Peminat Bagi Pijama Gambar Syed Saddiq

  • Jep Saman Shuib

    “Ini bukan pasal sindir, ini pasal FITNAH” – Jep Balas Video Permohonan Maaf Shuib, Sudah Ambil Tindakan Saman

  • Ft Shuib

    “Aku takkan boleh menidakkan kenangan kita” – Shuib Mohon Maaf Kepada Jep

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube