in

[VIDEO] Wanita Kongsi 7 Tip Diet Turunkan Berat Badan Lebih 10kg Ketika Ramadan

Tip Diet Turun Berat Badan Ketika Berpuasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pasti ramai yang memasang niat untuk memanfaatkan bulan mulia ini untuk menurunkan berat badan.

Walaupun nampak mudah, tetapi ramai yang gagal dalam misi ini. Mana tidaknya, begitu banyak godaan di bazar Ramadan termasuklah undangan berbuka puasa.


Ada juga yang mengehadkan pemakanan tetapi tetap tidak berhasil menurunkan berat badan.

Seorang pengguna TikTok @junaidah_ayu telah berkongsikan tip diet untuk menurunkan berat badan lebih 10kg sepanjang Ramadan.

@junaidah_ayu

Tips diet bulan puasa! #fyp #foryou #tipsbuatkamu #tipsforgirls #ramadan #tiktokmalaysia

♬ Ramadhan Tiba – Opick

Kata wanita itu, dia sendiri pernah berdepan masalah berat badan dan atas kegigihan serta usaha kerasnya, dia berjaya menurunkan berat badan dengan cara sihat.

1. Jangan skip sahur

Bersahur amat penting membantu menambah tenaga ketika berpuasa serta memastikan badan kekal bertenaga sepanjang hari.

Jika tiada selera makan, minum susu dan tiga biji kurma sudah memadai. Pesan Ayu, lewatkan bersahur agar tidak cepat berasa lapar.

2. Elakkan makanan bergoreng dan berproses

Cuba elakkan atau kurangkan mengambil makanan yang bergoreng terutama yang digoreng dalam minyak yang banyak seperti deep fried.

Cari alternatif dengan menggunakan air fryer yang mana kita tidak perlu memasak menggunakan minyak.

Kena pastikan juga makanan bergoreng itu bukan daripada makanan berproses seperti sosej, nuget dan kentang goreng sebabnya tidak sesuai jika dalam misi untuk menguruskan badan.

3. Kurangkan garam

Dalam setiap makanan sudah tentu mengandungi garam. Jadinya, cuba kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti keropok, mi segera dan lain-lain. Tukarkan snek kepada sesuatu yang lebih sihat.

4. Jaga portion makanan ketika berbuka

Bagi sesetengah orang, selepas berbelas jam menahan lapar dan dahaga, mereka seperti mahu ‘membalas dendam’. Namun, pengambilan makanan berlebihan secara mendadak pastinya akan menganggu fungsi pencernaan seseorang.

5. Amalkan senaman 30 minit

Tiada masalah untuk melakukan senaman walaupun ketika berpuasa. Apa yang pasti, kaedah dan cara itu perlu dititikberatkan agar ia tidak membawa kesan negatif terhadap tahap kesihatan badan.

6. Solat tarawih

Di samping merebut pahala di bulan mulia ini, sebenarnya solat tarawih juga dapat membakarkan kalori. Ia dapat meringankan tubuh yang berat selepas diisi pelbagai juadah makanan semasa berbuka.

7. Minum air kosong secukupnya

Kalau boleh, minum air kosong secukupnya untuk mengekalkan hidrasi tubuh badan. Tip minum air yang cukup bagi yang berpuasa:

  • Minum dua gelas ketika sahur
  • Minum waktu tidur
  • Elak minum banyak ketika berbuka
  • Bawa air ketika keluar malam

Jangan lupa amalkan tip diet ini kalau nak kurus di pagi raya!

Baca: 6 Resipi Sahur Simple Tapi Confirm Buka Selera!

Collage 49

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.